Jawatankuasa Masjid Ar-Ridzuan zahir penghargaan kepada MB Perak

BAGAN SERAI – Jawatankuasa Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, dekat sini, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri Perak melalui Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berhubung isu sebahagian tanah wakaf yang dipindah milik.

Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Yusop Majid berkata, reaksi kerajaan negeri dalam melancarkan kutipan Jumaat untuk disalurkan kepada masjid telah berjaya menarik perhatian ramai pihak untuk turut menghulurkan sumbangan.

penebusan tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan • tanah wakaf masjid • kutipan derma masjid • isu tanah wakaf Perak • masjid Alor Pongsu • JAIPk Perak • sumbangan rakyat Perak • kutipan Jumaat • usaha kerajaan negeri Perak • Menteri Besar Perak Saarani Mohamad
Pengerusi Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Yusop Majid ketika temubual bersama MG Perak di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

“Ribuan terima kasih kepada Menteri Besar, dan barisan kepimpinan yang terlibat seperti wakil rakyat dan pejabat agama.

“Turut tidak dilupakan kepada organisasi bukan kerajaan, organisasi kerajaan, ahli kariah, serta semua penyumbang seperti pendakwah, Ustaz Firdaus Wong, tulang bekalang yang terlibat dalam usaha ini.

“Selepas ini mula tular di media sosial, diikuti dengan usaha kerajaan negeri, tindakan susulan (sumbangan orang ramai) kami terima dengan cepat,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette (MG) Perak, di Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, pada Rabu.

Pada Isnin, media melaporkan Kerajaan Perak akan menggunakan wang kutipan derma solat Jumaat dari seluruh negeri bagi disalurkan kepada sumbangan untuk pembelian sebahagian tanah wakaf masjid itu yang sudah dipindah milik.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada hari sama mengedarkan pekeliling bertajuk ‘Selamatkan Masjid Jamek Ar-Ridzuan, Alor Pongsu, Bagan Serai’ kepada semua pengerusi jawatankuasa kariah masjid dan Surau Diri Jumaat (SDJ) di seluruh Perak.

penebusan tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan • tanah wakaf masjid • kutipan derma masjid • isu tanah wakaf Perak • masjid Alor Pongsu • JAIPk Perak • sumbangan rakyat Perak • kutipan Jumaat • usaha kerajaan negeri Perak • Menteri Besar Perak Saarani Mohamad
Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

Surat tersebut menyarankan agar masjid dan surau menyediakan tabung khas bagi kutipan pada 9 dan 16 Mei 2025.

Ia merupakan sebahagian usaha untuk menebus semula tanah Masjid Jamek Ar-Ridzuan berkeluasan 1.2 hektar dengan nilai RM1.8 juta yang pernah diwakafkan tetapi telah dijual kepada pembeli bukan Islam pada tahun 2012.

Dalam pada itu Yusop juga mengesahkan bahawa pihaknya berjaya mengumpul dana hampir RM2 juta dalam tempoh kurang 36 jam selepas kutipan dilancarkan.

penebusan tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan • tanah wakaf masjid • kutipan derma masjid • isu tanah wakaf Perak • masjid Alor Pongsu • JAIPk Perak • sumbangan rakyat Perak • kutipan Jumaat • usaha kerajaan negeri Perak • Menteri Besar Perak Saarani Mohamad
Masjid Ar-Ridzuan Alor Pongsu di Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

Menurut beliau, pihaknya berjaya mengumpulkan kutipan berjumlah RM1.98 juta setakat jam 8.30 malam, dan susulan itu kempen kutipan bagi sumbangan penebusan semula tanah berkenaan ditutup secara rasmi.

“Alhamdulillah dalam masa singkat, kita berjaya mencapai sasaran jumlah dana yang diperlukan sebagaimana yang telah dipersetujui dengan pemilik lot berkenaan sebelum ini,” katanya.

Yusop berkata, sekiranya masih ada pihak yang menyumbang selepas ini, ia akan disalurkan kepada tabung untuk tujuan pembangunan dan aktiviti masjid.

Jemaah menunaikan solat Isyak secara berjemaah ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Jamek Ar-Ridzuan Alor Pongsu, Bagan Serai. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 MEI 2025.

Malah beliau berkata, pihak masjid merancang untuk mengadakan aktiviti pertanian pada sebahagian kawasan daripada keseluruhan tanah yang ditebus sebagai usaha menjana pendapatan masjid.

“Mungkin melalui usaha ini, suatu hari nanti kami juga dapat membantu orang lain,” kata Yusop.

Pada masa sama beliau juga berharap agar semua masjid di Perak dapat mendaftarkan tanah wakaf masing-masing kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) bagi mengelakkan isu yang dihadapi Jamek Ar-Ridzuan di Alor Pongsu berulang.

“Berhubung terus dengan pihak autoriti agama negeri dalam soal tanah yang wakaf ini. Jika hanya berurusan secara lisan, ia dikhuatiri akan berlaku masalah yang rumit pada masa hadapan,” kata beliau lagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

MB Perak gesa tanah wakaf masjid, surau segera didaftarkan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI