Jenazah Allahyarham Mustaqqeem selamat dibawa turun dari Gunung Liang

IPOH – Jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, pendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang, Muallim berjaya dibawa turun Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) menggunakan Pesawat AW 189 (BMB 08) pada petang Jumaat.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pesawat tersebut berlepas dari Padang Kawad Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sejurus menerima taklimat daripada ketua operasi

Menurutnya, usaha awal membawa mangsa turun menghadapi kesukaran berikutan cuaca hujan dan awan tebal di sekitar puncak gunung yang berketinggian 1,933 meter, menyebabkan operasi terpaksa ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan.

“Pesawat BMB 08 kemudiannya berjaya meneruskan penerbangan ke lokasi pada jam 2.30 petang sebelum mangsa berjaya diangkat menggunakan teknik winching pada jam 2.45 petang dan diterbangkan ke Padang Kawad UPSI.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan dihantar ke Hospital Slim River bagi untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jenazah Allahyarham Mustaqqeem selamat dibawa turun dari Gunung Liang
Keadaan jenazah Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, pendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang, Tanjung Malim sebelum dibawa turun Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) menggunakan Pesawat AW 189 (BMB 08) pada petang Jumaat. Foto JBPM Perak

Beliau berkata, operasi masih diteruskan berikutan beberapa pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan turun ke Pos Kawalan Bomba (PKB) selepas selesai misi di puncak gunung.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari dilaporkan berkata, dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) atas kesalahan memasuki hutan simpan tanpa kebenaran sah, semalam.

Menurutnya, bagaimanapun, kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Mustaqqeem dari Sungai Petani, Kedah dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 10 rakan dari Bukit Fraser, Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, di Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pendaki maut di Gunung Liang: Dua malim gunung ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI