Jenazah Ishsam dibawa pulang ke rumahnya di Ipoh malam ini

GEORGE TOWN – Jenazah Allahyarham Ahli Dewan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Ipoh, Perak malam ini.

Setiausaha Eksekutif UMNO dan Barisan Nasional Perak, Datuk Mohd Salleh Mat Disa berkata, jenazah akan dibawa pulang selepas selesai urusan bedah siasat.

Terdahulu, isteri Allahyarham, Rozlita Abdullah bersama ahli keluarganya serta beberapa pemimpin UMNO Pulau Pinang dan Perak tiba di di Jabatan Perubatan Forensik HPP kira-kira jam 8.49 malam.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow hadir bagi menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

“Saya baru pulang dari lawatan kerja di Jepun kira-kira jam 8.15 malam tadi dan terus bergegas ke sini bagi menziarahi Allahyarham

Kon Yeow.
“Kejadian yang berlaku amat mengejutkan dan kita berharap seluruh ahli keluarga Allahyarham tabah dengan apa yang berlaku.

“Jenazah akan dibawa ke Ipoh pada malam ini dan selepas semua proses disempurnakan, katanya.

MalaysiaGazette terdahulu melaporkan, Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan berhubung kematian Ahli Dewan Negeri Ayer Kuning, Perak, Ishsam Shahruddin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ahli politik berusia 59 tahun itu dilaporkan pengsan dan tidak sedarkan diri jam 5.20 petang.

Jelasnya, kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang bersalaman dengan pemain lain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di stadium tersebut.

“Selepas bantuan kecemasan diberikan di tepi padang, mangsa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) pada jam 5.40 petang.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan HPP jam 6.28 petang,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI