JIM Perak tahan 46 PATI di lima restoran, sebuah kilang

IPOH – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak berjaya menahan 46 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam dua operasi penguatkuasaan sekitar daerah Kinta, pada Jumaat.

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, kesemua PATI terdiri daripada pelbagai warga asing ditahan di enam lokasi melibatkan lima restoran dan sebuah kilang plastik antara jam 11.15 pagi sehingga 10.30 malam.

Menurut beliau, serbuan dibuat berdasarkan aduan dan hasil pemantauan serta risikan yang telah dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi JIM Perak di semua premis terlibat.

“Dengan kekuatan anggota seramai dua puluh satu (21) orang pegawai termasuk dari Majlis Daerah Batu Gajah dan Jabatan Alam Sekitar, pemeriksaan telah dijalankan ke atas 65 orang warga negara asing.

“Seramai 46 orang warga asing telah ditahan kerana dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Meor Hezbullah berkata, kesemua PATI yang ditahan terdiri daripada 14 lelaki warga Bangladeh, tujuh lelaki dan lima perempuan warga Thailand da tujuh lelaki warga Nepal.

Tambah beliau, Imigresen turut menahan tiga lelaki dan lima perempuan warga Myanmar, empat lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga India.

“Mereka yang ditangkap berusia antara 20 sehingga 56 tahun dan ditahan di Depot Imigresen Ipoh, Perak bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut mengikut proses undang-undang.

“Kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

“Ada juga dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal atau berada di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan dan kesalahan di bawah eraturan 39(b), Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata, JIM Negeri Perak berharap masyarakat dapat membuat laporan atau aduan bagi membantu JIM membanteras kehadiran PATI dalam negara ini.

Tegasnya, JIM juga akan mengambil tindakan tegas terhadap majikan atau individu yang menggaji, melindungi dan membenarkan PATI berada di dalam premis kediaman atau perniagaan masing-masing tanpa permit yang sah termasuk pendakwaan di mahkamah. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Guna rumah kosong simpan PATI sebelum seludup ke Indonesia

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI