JIM tahan 7,043 PATI setakat 19 Februari tahun ini

KUALA LUMPUR – Seramai 7,043 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen (JIM) dalam 1,855 operasi penguatkuasaan sepanjang 1 Januari hingga 19 Februari lalu.

JIM dalam satu kenyataan berkata, mereka yang ditahan merupakan sebahagian daripada 30,177 individu yang diperiksa oleh bahagian penguatkuasaan jabatan berkenaan sepanjang tempoh tersebut.

Berdasarkan jumlah tangkapan itu, kesalahan tertinggi direkodkan adalah di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu berada di Malaysia tanpa pas atau dokumen perjalanan yang sah melibatkan 4,804 kes.

Selain itu, sebanyak 1,250 kes direkodkan di bawah Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa manakala 806 kes akibat melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Sebanyak 183 kes lagi melibatkan lain-lain kesalahan.

“Lapan negara yang mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi melibatkan warga Indonesia, Myanmar, Bangladesh, Filipina, Thailand, Pakistan, India dan China,” katanya.

Kenyataan itu menambah, operasi penguatkuasaan undang-undang imigresen akan terus dipertingkatkan secara konsisten dan berfokus.

Orang ramai turut digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan sebarang pelanggaran undang-undang imigresen kepada pihak berkuasa bagi menyokong usaha penguatkuasaan yang lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI