JKM lihat keperluan sesuai bantu keluarga pengawal keselamatan mati dibunuh – Exco

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sudah meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perak untuk melihat keperluan yang sesuai bagi membantu keluarga kepada pengawal keselamatan yang dibunuh pada 3 Januari lalu.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, ini kerana pengawal keselamatan terbabit merupakan penyumbang utama kepada keluarga terbabit sebelum insiden menyayat hati itu berlaku.

“Memang kita minta JKM untuk menyantuni mereka semampu yang boleh untuk melihat keperluan-keperluan yang sesuai bagi membantu mereka.

“Kalau ada yang bersekolah, kita akan cuba dapatkan bantuan bulanan persekolahan untuk anak-anak tersebut.

“Setakat ini, jika di bawah JKM kita boleh mempertimbangkan untuk memberikan bantuan sehingga RM1,000 terutamanya untuk anak yang bersekolah.

“Jadi kita akan tengok berapa ramai anak yang bersekolah dan berapa orang boleh dibantu bagi mengurangkan beban keluarga berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis minum petang dan penyampaian sijil program Penguasaan Asas Perniagaan (BFM) siri pertama 2023 di Casuarina @ Meru di sini, pada Ahad

Pada 3 Januari lalu, media melaporkan seorang pengawal keselamatan ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah tapak perkhemahan di Gunung Lang di sini.

Keadaan mangsa disedari orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis sekitar jam 2.30 pagi.

Susulan kejadian itu seorang suspek berusia 31 tahun diberkas bagi membantu siasatan dan direman selama tujuh hari bermula 4 Januari. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bunuh pengawal keselamatan di Gunung Lang: Polis tahan lelaki, bantu siasatan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI