JKM Perak masih selia, lawat kanak-kanak bekas penghuni GISBH

IPOH – Jabatan Kebajikan Masyarakan (JKM) Perak, masih meneruskan pemantauan ke atas kanak-kanak bekas penghuni rumah amal GISB Holdings (GISBH) di negeri ini.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, kanak-kanak terlibat masih dalam selian pegawai pelindung JKM dan masih ada yg bersekolah.

“Selain selian dan lawatan ke rumah secara berkala, JKM juga turut mengadakan sesi selian bersama ibu bapa atau penjaga kanan-kanak terlibat.

“Untuk makluman daripada rekod yang kita ada 36 orang kanak-kanak ini masih bersekolah, empat sudah melebihi 18 tahun dan 13 orang berumur enam tahun ke bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Muhammad Faisal Abdul Rahman (PN-Trong) pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Khamis.

Tambahnya, Kerajaan Negeri Perak melalui JKM melakukan sebaik mungkin untuk memastikan kanak-kanak berkenaan yang masih bersekolah tidak keciciran.

Salbiah turut menjelaskan bahawa semua kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM Perak adalah melalui perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Katanya, penempatan dilakukan apabila mereka dikenal pasti perlu dilindungi kerana menjadi mangsa pengabaian, penderaan, eksploitasi, tinggal dalam persekitaran tidak selamat atau tiada penjaga yang layak.

“Ingin saya tegaskan, institusi JKM bukanlah tempat hukuman, tetapi ruang perlindungan, pemulihan dan pembangunan menyeluruh untuk memberi peluang baharu kepada mereka,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI