JKN Perak siasat dakwaan kanak-kanak meninggal dunia selepas terima suntikan

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak menyiasat dakwaan seorang kanak-kanak perempuan yang dikatakan meninggal dunia selepas di selepas menerima suntikan di sebuah hospital di Teluk Intan, minggu lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, siasatan awal berhubung perkara itu telah dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian kanak-kanak itu.

Katanya, ketika ini terdapat pelbagai versi laporan insiden itu yang mana ia menimbulkan kekeliruan berkenaan fakta sebenar kejadian menimpa kanak-kanak tiga tahun itu.

Kanak-kanak meninggal dunia selepas suntikan Dakwaan kecuaian perubatan Perak Siasatan kematian kanak-kanak di hospital Kes suntikan hospital Teluk Intan JKN Perak siasat kematian kanak-kanak Laporan kematian akibat suntikan Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan (tengah) menyerahkan sumbangan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha (kanan) pada program Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) Dalam Perkhidmatan Awam Selari Dengan Kempen Perangi Gula Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MAC 2025.

“Ada dakwaan menyebut kejadian berlaku pada 24 Februari, ada juga kata 25 Februari. Ada yang kata suntikan diberikan pegawai perubatan pelatih, dan ada yang menafikan.

“Pada masa sama, ada dakwaan mengatakan kematian berpunca daripada kecuaian perubatan, sedangkan hasil siasatan belum diperoleh. Tanpa sebarang maklumat rasmi terus ‘jump the gun’ (buat kenyataan terburu-buru).

“Oleh sebab itu saya akan melawat hospital berkenaan (untuk siasatan lanjut). Dan saya harap kita dapat beri ruang kepada hospital itu, dan menunggu hasil laporan nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) Dalam Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha.

Kanak-kanak meninggal dunia selepas suntikan Dakwaan kecuaian perubatan Perak Siasatan kematian kanak-kanak di hospital Kes suntikan hospital Teluk Intan JKN Perak siasat kematian kanak-kanak Laporan kematian akibat suntikan Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan melawat reruai pameran pada program Taklimat Pengukuhan Pelaksanaan Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM) Dalam Perkhidmatan Awam Selari Dengan Kempen Perangi Gula Peringkat Negeri Perak Tahun 2025 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Isnin. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 03 MAC 2025.

Mengulas lanjut Sivanesan memberitahu, beliau telah dihubungi bapa kanak-kanak itu pada Ahad dan memaklumkan insiden itu telah ditularkan di media sosial oleh kakak ipar tanpa kebenaranya.

Kata beliau, bapa itu bagaimanapun telah dinasihatkan untuk membuat laporan rasmi kepada pihak berkaitan termasuk Kementerian Kesihatan (KKM) susulan perkara itu.

“Bapa kanak-kanak itu memaklumkan kepada saya bahawa mereka tidak mahu membuat sebarang laporan, dan sehingga Isnin tiada laporan berkenaan kejadian itu yang diterima.

“Saya beri jaminan bahawa kita tidak akan menyembunyikan apa-apa perkara dalam hal ini. Dan sekiranya terbukti ada kesilapan, kita akan ambil tindakan sewajarnya.

“(Ketika kejadian) ibu bapa mengetahui bahawa anak mereka dalam keadaan lemah. Bagaimanapun kita ucapkan takziah kepada keluarga atas kehilangan yang mereka hadapi,” ujarnya.

Sebuah portal berbahasa Inggeris melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia selepas menerima suntikan daripada petugas kesihatan pelatih di sebuah hospital di Teluk Intan.

Laporan portal berita itu dipercayai memetik hantaran pada laman Instagram seorang wanita yang juga pempengaruh media sosial.

Wanita itu mendakwa, kanak-kanak yang dihantar ke hospital itu pada jam 7 pagi telah diberikan suntikan tanpa persetujuan keluarga sebelum meninggal dunia pada sekitar jam 9 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam bilik air terkunci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI