Johari Ghani jalankan tugas Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kepada Jemaah Menteri yang bersidang Rabu, 9 Julai 2025 bahawa beliau bersetuju supaya Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani akan menjalankan tugas dan fungsi Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa serta-merta,” katanya.

Jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian kosong selepas Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, berkuat kuasa 4 Julai lalu.

Pengumuman itu dibuat pada 28 Mei lalu, beberapa jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan pada hari sama, mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI