Jok Maduh D Kenang buka peluang penduduk Orang Asli jana pendapatan

SUNGAI SIPUT – Terletak kira-kira 40 kilometer (km) dari Bandar Raya Ipoh, Kawasan Rekreasi dan Ekopelancongan ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Jalong Tinggi dekat sini, menjadi salah satu tarikan pelancongan terbaharu di Perak.

Di samping suasana alam semula jadi, empat buah chalet dan enam pondok yang dibina daripada buluh, rotan serta anyaman daun bertam, menjanjikan pengalaman istimewa buat pengunjung yang mahu mencari ketenangan.

Jok Maduh D Kenang jana pendapatan Orang Asli Jok Maduh D Kenang Sungai Siput, ekopelancongan Orang Asli Perak, pelancongan komuniti Orang Asli, Kampung Kenang Jalong Tinggi, koperasi Orang Asli Perak, ekopelancongan Sungai Siput, chalet Orang Asli Perak
Chalet Kawasan Pelancongan Rekreasi dan Ekopelancongan Perkampungan Orang Asli ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Sungai Siput. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

Menurut Pengerusi Koperasi Orang Asli Kampung Kenang Baru Sungai Siput (U) Perak Berhad (KOAKKB), Mohamad Pandak, 59, ia dibangunkan hasil usaha bersama Pusat Alam Sekitar Global atau Global Environmental Centre (GEC) pada Mac tahun lalu.

Katanya, projek Jok Maduh D Kenang atau bermakna ‘Ayuh Ke D Kenang’ itu memberi impak positif kepada kepada penjanaan peluang pekerjaan dan pendapatan untuk penduduk setempat.

Pengerusi Koperasi Orang Asli Kampung Kenang Baru Sungai Siput (U) Perak Berhad (KOAKKB), Mohamad Pandak, 59. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

“Kami sering menerima tempahan pada musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu, baik daripada tempahan untuk bermalam mahupun yang berkhemah di kawasan sekitar 0.4 hektar ini.

“Misalnya pada cuti Hari Kebangsaan pada tahun lalu, kami menerima tempahan penuh dan ada antara mereka yang datang dari Johor dan Pulau Pinang.

“Pembangunan pusat rekreasi ini memberi peluang kepada penduduk kampung untuk terlibat dalam sektor ekopelancongan,” katanya.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee melawat sekitar Kawasan Pelancongan Rekreasi dan Ekopelancongan Perkampungan Orang Asli ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Sungai Siput. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Perasmian Jok Maduh D Kenang yang disempurnakan Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pembangunan Komuniti dan Bantuan Kemanusiaan Bencana Yayasan Hasanah, M Lakshwin; Pengarah GEC, Faizal Parish; Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Harulnizam Abd Rahman; serta Batin Kampung Kenang, Saidin Wahab.

Menurut beliau, selain aktiviti mandi-manda di Sungai Korbu, Jok Maduh D Kenang juga menawarkan pelbagai aktiviti lain buat pengunjung seperti demonstrasi menganyam, menyumpit, memasang jerat haiwan serta menyaksikan persembahan tarian sewang.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Perak, Loh Sze Yee melawat sungai Kawasan Pelancongan Rekreasi dan Ekopelancongan Perkampungan Orang Asli ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Sungai Siput. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

Tambah Mohamad, kawasan rekreasi itu juga menempatkan pelbagai fasiliti lain seperti dewan terbuka, tandas, surau, kerusi dan meja buluh, kedai produk kampung, dan sebagainya.

Kata beliau lagi, bayaran masuk dikenakan pada harga RM5 bagi dewasa, dan RM3 bagi kanak-kanak antara usia tiga dan 12 tahun, sementara chalet dan pondok ditawarkan pada harga antara RM30 sehingga RM120.

Jok Maduh D Kenang jana pendapatan Orang Asli Jok Maduh D Kenang Sungai Siput, ekopelancongan Orang Asli Perak, pelancongan komuniti Orang Asli, Kampung Kenang Jalong Tinggi, koperasi Orang Asli Perak, ekopelancongan Sungai Siput, chalet Orang Asli Perak
Chalet Kawasan Pelancongan Rekreasi dan Ekopelancongan Perkampungan Orang Asli ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Sungai Siput. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

“Pihak koperasi juga ada melantik jawatankuasa dalam kalangan ahli untuk memastikan tahap keselamatan pengunjung sama ada di chalet dan pondok serta yang bermandi-manda di sungai berada pada tahap terbaik,” jelasnya.

Selain itu, Mohamad berkata, pada masa akan datang pihaknya bercadang untuk menambah lebih banyak aktiviti buat pengunjung seperti ‘hiking’ dan jelajah desa Orang Asli.

Masyarakat Orang Asli mengunjungi Kawasan Pelancongan Rekreasi dan Ekopelancongan Perkampungan Orang Asli ‘Jok Maduh D Kenang’ di Kampung Kenang, Sungai Siput. Foto ABDULLAH YUSOF 05 FEBRUARI 2026.

Pada masa sama, Sze Yee berkata, projek yang dibangunkan secara bersama dengan Yayasan Hasanah, Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan JAKOA itu membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000.

“Dengan perjalanan sekitar satu jam dari Ipoh, Jok Maduh D Kenang adalah lokasi ekopelancongan yang ideal. Malah ia adalah lokasi yang selamat dan mesra pengujung kerana hampir dengan kawasan penempatan Orang Asli,” ujar beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Chalet tiub janji pengalaman menarik pengunjung Lata Kinjang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI