JPJ Perak tahan lori sawit bawa lebih muatan 20 tan

MANJUNG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perak mengenakan tindakan kepada pemandu lori muatan sawit selepas didapati membawa lebihan muatan 20,800 kilogram (kg), dekat sini, pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan JPN negeri memaklumkan, lori jenis kargo umum itu ditahan sepasukan pegawai JPJ Cawangan Seri Manjung menerusi Ops Perang Kenderaan Lebih Muatan, di Jalan Batu 15, Lekir – Sitiawan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati muatan sawit yang dibawa lori terbabit adalah seberat 44,000 kg berbanding muatan 24,000 kg yang dibenarkan.

“Pemeriksaan lanjut turut mendedahkan bahawa pemandu lori tersebut merupakan warga asing dan tidak memiliki lesen memandu yang sah.

“Susulan itu, Notis Penahanan Kenderaan di bawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 telah dikeluarkan.

“Proses siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pemilik syarikat serta punca pelanggaran undang-undang tersebut,” katanya melalui kenyataan, pada Sabtu.

Tambah kenyataan itu lagi, penguatkuasaan terhadap kesalahan lebih muatan akan diteruskan secara berterusan di seluruh negeri bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan mengelakkan kerosakan terhadap infrastruktur awam.

Jelasnya, operasi itu juga merupakan sebahagian daripada inisiatif Ops Perang Kenderaan Lebih Muatan yang dilaksanakan di seluruh negara.

Kata kenyataan sama, ia selaras dengan arahan Ketua Pengarah JPJ Malaysia bagi mengekang aktiviti kenderaan perdagangan yang tidak mematuhi peraturan muatan.

“JPJ tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mengambil mudah aspek keselamatan dan undang-undang jalan raya.

“Kenderaan yang membawa lebih muatan bukan sahaja membahayakan pengguna lain, tetapi turut mempercepatkan kerosakan jalan raya,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JPJ berjaya kutip saman RM6.2 juta daripada pengendali kenderaan barangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI