JPJ teliti hukuman lebih tegas terhadap pemandu mabuk, dadah

PUTRAJAYA — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti cadangan untuk memperketatkan hukuman terhadap pesalah pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata langkah itu susulan arahan Menteri Pengangkutan bagi mengkaji semula Seksyen 44 dan Seksyen 45 di bawah Akta Pengangkutan Jalan.

Menurutnya, kajian itu termasuk kemungkinan mengenakan tindakan lebih tegas serta mempertimbangkan pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut.

“Proses ini masih di peringkat awal dan akan diteliti bersama pasukan perundangan sebelum dibawa ke Jemaah Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Setia JPJ Edisi Mac 2026 di sini, hari ini.

Tambah beliau, walaupun pindaan sebelum ini telah meningkatkan hukuman sehingga 15 tahun penjara dan denda maksimum RM500,000, namun masih terdapat keperluan untuk memperkukuh lagi tindakan terhadap pesalah. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI