Jualan lemang laris dalam tempoh singkat susulan teka-teki tarikh Aidilfitri

IPOH – Situasi tarikh Hari Raya Aidilfitri yang menjadi teka-teki masyarakat Islam di Malaysia sebelum ini meningkatkan jualan lemang di sekitar bandar raya ini sejak beberapa hari lalu, dan kemuncaknya pada Khamis.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak di deretan gerai lemang di persimpangan Jalan Jelapang – Taman Meru 2C, di sini, mendapati, rata-rata peniaga menerima peningkatan pelanggan secara mendadak sekali gus lemang laris dan hampir habis terjual.

Peniaga lemang, Muhammad Nasharuddin Mohd Tarmizi, 31, berkata, sebelum pengumuman rasmi tentang tarikh hari raya diumumkan, kira-kira 200 batang lemang terjual dalam tempoh beberapa jam sebelum tiba waktu berbuka puasa pada Khamis.

Peniaga lemang, Muhammad Nasharuddin Mohd Tarmizi, 31, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.

“Semalam anggaran dalam 200 batang lemang telah terjual dengan cepat, mungkin orang ramai khuatir hari raya jatuh pada Jumaat dan tidak sempat untuk menyediakan juadah di pagi hari raya.

“Namun, sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat, situasi kembali tenang, dan saya jangkan akan berlaku peningkatan jualan pada malam ini,” katanya katanya ketika ditemui, di sini, pada Jumaat.

Walau bagaimanapun dia berkata, secara umumnya, sambutan jualan makanan tradisi itu pada tahun ini dilihat sedikit mencabar apabila peniaga lemang di sekitar Ipoh mulai tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

jualan lemang laris Ipoh Aidilfitri harga lemang 2026, lemang Ipoh laku keras, peniaga lemang Perak, permintaan lemang meningkat, panic buying lemang raya
Peniaga lemang memasukkan santan ke dalam buluh lemang ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.

“Walaupun ramai yang membeli dengan jumlah banyak pada semalam, setakat ini saya boleh katakan sambutan terhadap jualan hampir sama seperti tahun lalu.

“Pesaing semakin ramai, malah buluh lemang pula susah nak dapat ketika ini, dan harga barang untuk hasilkan lemang juga berlaku sedikit kenaikkan,” katanya ketika ditemui, di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, harga lemang dinaikkan sekitar RM2 berbanding tahun lalu, dengan harga semasa mencecah sehingga RM28 sebatang bergantung kepada saiz.

Sementara itu seorang lagi peniaga lemang, Alyna Shazlin Johari, 30, berkongsi bahawa, jualan lemang di gerainya pada Khamis mencecah hampir 2,000 batang apabila terdapat pelanggan yang membuat pembelian dalam jumlah banyak.

“Berdasarkan pada situasi semalam, sekarang kita sudah sediakan lebih bekalan lemang sama ada untuk tempahan atau beli secara terus iaitu hampir 3,000 hingga 3,500 batang.

“Namun, jika ikutkan pada situasi tahun-tahun sebelum ini, saya pun tidak pasti ia masih cukup untuk menampung permintaan pelanggan atau tidak khususnya pada malam hari raya,” ujarnya.

jualan lemang laris Ipoh Aidilfitri harga lemang 2026, lemang Ipoh laku keras, peniaga lemang Perak, permintaan lemang meningkat, panic buying lemang raya
Peniaga Lemang Manong, Alyna Shazlin Johari, 30, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.

Selain itu Alyna Shazlin berkata, faktor saiz buluh yang diperoleh, selain harga pulut dan santan turut mempengaruhi harga jualan lemang di gerainya pada tahun ini.

“Tahun lepas masih ada harga RM16 hingga RM18 untuk lemang dalam buluh pada saiz kecil. Tetapi pada tahun ini kebanyakannya kita jual bermula pada harga RM20 dan ke atas sebab faktor bahan mentah dan saiz buluh yang kita dapat,” jelasnya.

Pada masa sama, peniaga, Muhammad Farhan Safian, 30, berkata, situasi pada Khamis dapat diibaratkan seolah-olah seperti pembelian panik, namun deretan gerai lemang di situ kembali tenang apabila Sabtu diumumkan sebagai tarikh Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

jualan lemang laris Ipoh Aidilfitri harga lemang 2026, lemang Ipoh laku keras, peniaga lemang Perak, permintaan lemang meningkat, panic buying lemang raya
Peniaga lemang, Muhammad Farhan Safian, 30, ketika temubual bersama MalaysiaGazette (MG) Perak di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.

“Semalam orang ramai mungkin agak ragu-ragu, jadi seperti ada ‘panic buying’ untuk lemang. Selepas sahaja semua sudah tahu hari raya jatuh pada Sabtu, keadaan jadi lebih reda sedikit di sini.

“Namun, untuk gerai saya kira-kira 500 batang lemang berjaya dijual dalam tempoh singkat sebelum masuk waktu Maghrib,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Muhammad Farhan berkata, peningkatan harga lemang pada tahun ini tidak dapat dielakkan susulan faktor inflasi dan kos logistik yang semakin tinggi kerana dipengaruhi pelbagai faktor.

jualan lemang laris Ipoh Aidilfitri harga lemang 2026, lemang Ipoh laku keras, peniaga lemang Perak, permintaan lemang meningkat, panic buying lemang raya
Peniaga lemang, Muhammad Farhan Safian, 30, tidak menang tangan apabila orang ramai mula membeli lemang sebagai keperluan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di pekarangan Taman Meru 2C, Ipoh, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 MAC 2026.

“Harga sebatang lemang pada tahun lepas tak cecah RM20, tetapi sekarang semua lemang yang dijual bermula pada sekitar harga RM20 hingga RM26 bergantung pada saiz buluh. Kos bahan dan logistik juga meningkat.

“Walau bagaimanapun, jualan lemang masih lagi memberangsangkan apabila tempahan awal atau ‘booking’ telah mula kami terima seawal minggu lalu lagi,” katanya.

Media melaporkan, Umat Islam di Malaysia akan menyambut tarikh 1 Syawal 1447 Hijrah sekali gus Sambutan Hari Raya Aidilfitri pada Sabtu atau 21 Mac 2026.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri pada Sabtu

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI