Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah bantu rakyat jimat perbelanjaan

SUNGAI SIPUT – Pelaksanaan Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah oleh Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi penjimatan lebih 50 peratus kepada rakyat.

Menurut suri rumah, Tun Saliha Nasaruddin, 60, harga hasil laut seperti ikan, sotong dan kerang yang dijual jauh lebih murah daripada pasar raya yang sering dikunjunginya.

Dia yang berasal dari Kampung Sungai Sejuk di sini, berkata, kebiasaannya dia akan berbelanja sekitar RM100 hingga RM150 seminggu untuk belanja membeli ikan dan lain-lain jenis lauk.

Tun Saliha Nasarudin, 60, pada Majlis Peluncuran Jualan Sejahtera Rahmah Ikan Murah LKIM Perak di Arena Sungai Siput (U). Foto ABDULLAH YUSOF 15 FEBRUARI 2026.

“Harga ikan di Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah ini memang sangat-sanga murah. Ikan pelaling RM6 sekilo kalau di pasar raya harga dia RM16, begitu juga sotong RM28 berbanding RM40 di luar.

“Macam-macam saya beli di sini baru habis RM51 sahaja kalau diluar mahu lebih RM100. Bagi saya memang jimat kerana selalu setiap minggu saya beli lauk dalam RM140 di sini jimat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Jualan Sejahtera Rahmah Ikan Murahdi Arena Sungai Siput (U), di sini, pada Ahad.

Seorang lagi suri rumah, Siti Norizan Syed Mohamad, 67, menyambut baik pelaksanaan program berkenaan dan berharap akan diadakan sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri bulan hadapan.

Siti Norizan Syed Mohamad, 67, pada Majlis Peluncuran Jualan Sejahtera Rahmah Ikan Murah LKIM Perak di Arena Sungai Siput (U). Foto ABDULLAH YUSOF 15 FEBRUARI 2026.

“Banyak saya dapat jimat beli ikan di sini dan bila tahu ia akan diadakan sepanjang tahun saya amat gembira dan sudah mula merancang untuk pergi setiap kali ia diadakan,” katanya.

Program Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah akan dilaksanakan di kesemua 12 daerah di Negeri Perak dengan lima tapak kekal bagi setiap daerah sebagai lokasi utama jualan. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI