Jurulatih hoki didakwa lakukan amang seksual empat remaja lelaki

TAIPING – Seorang jurulatih hoki di sebuah sekolah di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat atas enam pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat remaja lelaki.

Tertuduh, Hidayat Jalil, 50, bagaimanapun membuat pengakuan bersalah terhadap lima pertuduhan selepas ia dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang telah berkahwin itu didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal dengan cara memeluk dari arah belakang, memegang kemaluan, dan punggung terhadap empat pelajar lelaki berusia 14 dan 16 tahun, serta melakukan onani di hadapan salah seorang mangsa.

jurulatih hoki amang seksual remaja taiping perak tertuduh lelaki
Jurulatih hoki, Hidayat Jalil, 50, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat remaja lelaki di beberapa lokasi berasingan antara Julai 2023 hingga hingga 21 Januari 2024. Foto AMIRRUL RABBANI

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di beberapa lokasi berasingan, iaitu di dua hotel di Jalan Kamunting Lama dan Jalan Barrack, serta di dalam sebuah kereta di pekarangan sebuah hotel dalam Daerah Larut Matang dan Selama antara Julai tahun lalu hingga hingga 21 Januari tahun ini.

Pendakwaan itu dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017 dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 14(a) AKSTKK 2017, tertuduh boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 16(1) AKSTKK 2017 pula memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun dan sebat tidak kurang lima sebatan.

Sementara bagi kesalahan melakukan onani, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 15(a)(i) AKKSKK 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya.

Pada prosiding di mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah di bawah Seksyen 14(a) AKSTKK 2017 iaitu mencium pipi kanan mangsa berusia 14 tahun di hadapan sebuah rumah di Taman Kamunting pada jam 8.30 malam, 2 Disember tahun lalu.

jurulatih hoki amang seksual remaja taiping perak tertuduh lelaki
Jurulatih hoki, Hidayat Jalil, 50, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Taiping atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap empat remaja lelaki di beberapa lokasi berasingan antara Julai 2023 hingga hingga 21 Januari 2024. Foto AMIRRUL RABBANI

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ng Yan Ni manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM40,000 bagi kesemua pertuduhan dan menetapkan hukuman tarikh lain pada 4 Mac depan sementara menunggu fakta kes.

Tarikh sama juga ditetapkan untuk sebutan semula kes bagi tujuan serahan dokumen dan pelantikan peguam. -MG Perak


Artikel Berkaitan:

Remaja hilang: Tukang urut mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI