Kad fleet boleh dibatalkan jika salah guna – KPDN

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) boleh membatalkan kemudahan kad fleet kepada pihak atau syarikat sekiranya dikesan disalahguna bagi tujuan menyeleweng bahan api bersubsidi seperti diesel.

Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasa Bahagian Operasi KPDN, Shamsul Nizam Khalil berkata, ia susulan terdapat kes penyalahgunaan kemudahan di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) itu dikesan berlaku di Selangor dan Pulau Pinang, baru-baru ini.

Kad fleet menyeleweng diesel bersubsidi menyalahgunakan salah guna Akta KDPN Shamsul minyak
Timbalan Ketua Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil pada sesi sidang media Program Advokasi dan Serahan Arahan Pengawal Bekalan Kepada Pengusaha Stesen Minyak Negeri Perak di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Meru, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2024.

“Kita akan ambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, dan sekiranya terbukti (ada kes salah guna) kad fleet itu, ia boleh dibatalkan.

“Dan oleh sebab itu, ketika ini kerajaan sedang mengumpulkan maklumat sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini ini seperti ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Program Advokasi dan Serahan Arahan Pengawalan Bekalan Kepada Pengusaha Stesen Minyak Perak di Dewan Utama Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Ipoh, pada Selasa.

Kad fleet menyeleweng diesel bersubsidi menyalahgunakan salah guna Akta KDPN Shamsul minyak
Timbalan Ketua Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil (depan, tengah) hadir pada Program Advokasi dan Serahan Arahan Pengawal Bekalan Kepada Pengusaha Stesen Minyak Negeri Perak di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Meru, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2024.

Pada program berkenaan seramai 400 wakil pengusaha menerima surat arahan pegawai bekalan bagi setiap stesen minyak masing-masing.

Media pada 8 Ogos lalu melaporkan KPDN Pulau Pinang menahan sebuah lori yang disyaki menyalahgunakan kad fleet untuk menyeleweng diesel bersubsidi di sebuah stesen minyak di Simpang Ampat.

Kad fleet menyeleweng diesel bersubsidi menyalahgunakan salah guna Akta KDPN Shamsul minyak
Timbalan Ketua Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil (kanan) beramah mesra bersama pengusaha stesen minyak di negeri Perak pada Program Advokasi dan Serahan Arahan Pengawal Bekalan Kepada Pengusaha Stesen Minyak Negeri Perak di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Meru, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2024.

Pengarah KPDN negeri S. Jegan dilaporkan berkata, lori berkenaan didapati memindahkan diesel ke dalam tangki minyak dengan menggunakan sembilan kad fleet yang mana empat daripadanya disyaki diguna pakai dengan salah.

Mengulas lanjut Shamsul berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang dikesan menyalahgunakan kad berkenaan dengan membuat pembelian diesel secara berulang.

“Secara logik, sebuah kenderaan itu mampu mengisi diesel pada 250 liter maksimum, dan sudah tentu tidak akan melakukan pengisian bahan api berkenaan dua ke tiga kali dalam tempoh sehari.

“Perkara seperti ini yang kita hendak elakkan kerana ia boleh cenderung ataupun menyebabkan berlakunya ketirisan serta penyelewengan terhadap bahan api bersubsidi,” katanya lagi.

Timbalan Ketua Penguat Kuasa (Operasi) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Shamsul Nizam Khalil pada sesi sidang media Program Advokasi dan Serahan Arahan Pengawal Bekalan Kepada Pengusaha Stesen Minyak Negeri Perak di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Meru, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 OGOS 2024.

Dalam perkembangan sama, Shamsul memberitahu sebanyak 1,946 kes melibatkan nilai rampasan RM75.44 juta direkodkan bagi Ops Tiris sepanjang tempoh Januari sehingga 18 Ogos di seluruh negara.

Menurut beliau, dalam tempoh sama sebanyak 478 tangkapan telah dilakukan dalam operasi yang melibatkan penyelewengan semua barangan bersubsidi.

“Berdasarkan statistik penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara bermula 20 Januari hingga 18 Ogos, sebanyak 42,487 kenderaan telah diperiksa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kes telah dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kad Fleet: KPDN, syarikat minyak bermesyuarat Khamis

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI