Kakitangan Perhilitan cedera dirempuh gajah liar

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cedera selepas dirempuh gajah di Hutan Felda Cerul, Cheneh, Kemaman, Terengganu semalam.

Komander Operasi Kanan, Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Suriati Ariffin memaklumkan, pihaknya menerima maklumat daripada pegawai Perhilitan yang mangsa diserang gajah ketika membuat kerja-kerja pemantauan hidupan liar bersama lapan orang anggota lain.

“Kami menerima panggilan kecemasan pukul 2.06 petang. Seramai 14 orang anggota daripada BBP Cheneh terlibat dalam operasi berkenaan,” katanya.

Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan.

“Mangsa kemudiannya dibawa keluar menggunakan pengusung sebelum dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan lanjut,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI