Kampung Beng Lenggong jadi Kampung Angkat Madani

LENGGONG – Peruntukkan sebanyak RM 2.5 juta disalurkan kepada Kerajaan Negeri Perak bagi menjayakan program Kampung Angkat Madani kelolaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Kampung Beng, di sini pada Ahad.

Menteri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, peruntukan tersebut merupakan inisiatif kerajaan menyelesaikan masalah kemudahan asas penduduk terutama dari segi keselamatan, pencapaian internet dan telekomunikasi serta bekalan air bersih.

“Idea ini Perdana Menteri kemukakan supaya satu lokasi yang dipilih sebagai Kampung Angkat Madani dapat didekatkan jurang kalau dari segi prasarana.

Anggota 69 Komando melakukan aksi terjunan payung terjun pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kampung Beng Lenggong di Jeti Pengkalan Pipit Lenggong. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 MAY 2024.

“Prasarana yang utama sekarang ni adalah akses kepada internet dan komunikasi. Selain itu aspek yang tidak kurang pentingnya adalah aspek keselamatan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Kampung Beng, di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Saifuddin berkata, perbincangan KDN bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah dipersetujui untuk menaik taraf pencapaian internet dan telekomunikasi dengan kadar segera di kampung tersebut.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat reruai makanan kampung pada Majlis Peluncuran Kampung Angkat Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kampung Beng Lenggong di Jeti Pengkalan Pipit Lenggong.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 12 MAY 2024.

Malah menerusi peruntukan itu, KDN akan membina balai polis dengan kelulusan tapak dari kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi keselamatan di kawasan kampung tersebut dan sekitarnya.

“Kawasan ini (Kampung Beng) kawasannya rancak dengan aktiviti pelancongan, jadi kena ada satu kelebihan tersendiri kerana di sini letaknya tapak-tapak warisan termasuklah flora dan fauna yang bernilai tinggi.

“Selain itu, Menteri Besar Perak nyatakan akan ada satu laluan jalan baharu yang akan membolehkan laluan Pantai Timur tidak melalui Kuala Kangsar tapi akan melewati kawasan ini,” katanya. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI