KAMU 2025 platform usahawan belia tambah rezeki, raih pengalaman

IPOH – Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2025 menjadi platform usahawan muda menambah rezeki di samping memperkenalkan produk jualan masing-masing serta menjadi medan pertemuan dengan masyarakat.

Usahawan belia dari pelbagai latar belakang khususnya yang bertapak di Perak tidak lokek berkongsi pengalaman, termasuk suka duka mereka dalam dunia perniagaan.

Kehadiran mereka di karnival yang berlangsung di Stadium Indera Mulia itu jelas mempamerkan keberanian  mencari peluang perniagaan, selain memberi inspirasi kepada generasi muda untuk tidak takut melangkah ke dunia keusahawanan

Antara yang mencuri perhatian ialah pemilik Geng Menan, Muhammad Rafiq Ekmal Mohd Rusly, 24, dari Manjung yang menubuhkan komuniti khas untuk mengumpul barangan seperti kereta mini, figura dan kad koleksi.

“Geng Menan adalah satu komuniti yang saya dan rakan-rakan tubuhkan untuk mengumpul koleksi seperti trading kad, kereta mini yang turut menjadi platform aktiviti jual dan beli.

“Lazimnya, kita akan bawa koleksi tersebut ke acara seperti hari ini yang rata-rata pengunjung terdiri daripada anak muda atau ke institusi penngajian tinggi (IPT).

“InshaAllah, harga yang ditawarkan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui di Pekan Pop Up @ KAMU 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia di sini, pada Sabtu.

Walaupun, media sosial sering menjadi platform terutamanya usahawan belia untuk mempromosikan barang jualan, namun Muhammad Rafiq Ekmal memilih untuk bersemuka dengan pembeli dan pengumpul koleksi di acara yang disertainya.

Dia turut menitipkan pesanan kepada anak muda supaya mengambil langkah pertama dan jangan takut untuk mencuba jika ingin terjun ke dalam dunia keusahawanan.

KAMU 2025 platform usahawan belia tambah rezeki, raih pengalaman
Usahawan bundle 36K Distribution, Al Rhayen Adam Shah Azlan, 19, ketika temubual bersama MG Perak di Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 SEPTEMBER 2025.

Usahawan bundle 36K Distribution, Al Rhayen Adam Shah Azlan, 19, pula memilih bidang perniagaan seawal usia belasan tahun.

Anak bongsu daripada tiga adik beradik ini menjalankan perniagaan tersebut bersama dua abangnya dan seorang rakan di Teluk Intan sejak dua tahun lalu.

“Sekarang ini agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan saya memilih untuk meniaga pada usia muda kerana ia paling senang.

“Bagaimanapun, anak muda yang mahu memulakan perniagaan perlu berani mengambil risiko kerana jatuh bangun dalam dunia perniagaan adalah perkara biasa,” jelasnya.

KAMU 2025 platform usahawan belia tambah rezeki, raih pengalaman
Pemilik ChanttekManis, Nur Syakirah Zaabah, 28 (kiri) ketika ditemui Malaysia Gazette di Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) Tahun 2025 di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 20 SEPTEMBER 2025.

Sementara itu, pemilik ChanttekManis, Nur Syakirah Zaabah, 28, yang bertugas sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjadikan perniagaan hasil kraftangan sebagai pendapatan tambahan.

“Saya mengusahakan perniagaan bunga kawat bulu yang dibuat daripada dawai dan dijalinkan sehingga menjadi sebatang bunga.

“Alhamdullilah, perniagaan yang diusahakan sejak 2023 ini memang banyak membantu dalam menjana pendapatan tambahan,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Belia Perak semakin mendominasi dunia keusahawanan

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI