Kanak-kanak enam tahun maut, sampel darah pemandu diambil

BAGAN SERAI – Polis sudah mengambil sampel darah pemandu kereta yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan berusia berusia enam tahun di Jalan Selama, Matang Jelutong, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, sampel itu diambil daripada lelaki berusia 52 tahun bagi menjalankan ujian untuk mengenal pasti sama ada dia berada di bawah pengaruh alkohol ketika kejadian.

“Pemandu kereta terbabit sudah ditahan namun dibebaskan dengan jaminan polis. Sampel darahnya untuk ujian alkohol turut diambil namun kita masih belum mendapat keputusan,” katanya ketika dihubungi MG Perak pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, semasa kejadian pemandu kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari arah Alor Pongsu menghala ke Simpang Lima.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu lelaki terbabit melanggar bahagian belakang motosikal yang berada di sebelah kiri jalan dan motorsikal tersebut terbabas ke sebelah kiri parit yang berair.

“Motosikal yang dinaiki empat sekeluarga itu kemudiannya terhumban ke dalam parit tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang membonceng motosikal terbabit tidak sedarkan setelah terhumban di dalam parit akibat perlanggaran tersebut.

“Mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan namun disahkan meninggal dunia, manakala ahli keluarganya iaitu dua wanita dan seorang kanak-kanak lelaki mengalami cedera parah di kepala serta muka turut mendapatkan rawatan di hospital sama,” jelasnya.

Katanya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Kerian, Inspektor Marzuki Mat di talian 05-721 0539/013-911 6222. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak lima tahun maut, tiga cedera motosikal masuk parit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI