Kanak-kanak lima tahun maut tertinggal dalam van sekolah

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal dalam van sekolah dinaikinya hampir lima jam, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam kenderaan terbabit kira-kira 12 tengah hari.

“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah, di sini disyaki tertinggal ketika pemandu van itu menurunkan murid di hadapan sekolah kira-kira 7.30 pagi, pada hari sama.

“Mayat mangsa dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata susulan itu, polis menahan pemandu van sekolah terbabit iaitu lelaki berusia 56 tahun, kira-kira 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah, untuk membantu siasatan kematian mangsa.

Kumarasan berkata lelaki itu yang tidak mempunyai rekod lampau dan negatif terhadap dadah kini direman hingga 7 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI