KBGK giat bangunkan kompleks tahfiz di Gopeng

IPOH – Menjengah usia ke-47, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) terlibat dengan pembangunan empat pusat pendidikan Islam iaitu di Kuala Kangsar, Chemor dan Tapah.

Setiausaha KBGK, Norali Nordin berkata, terkini sebuah lagi pusat pendidikan Islam sedang dalam pembinaan dan hampir siap 90 peratus iaitu Kompleks Tahfiz Addin 11 di Kampung Sungai Ular, Kampung Kepayang, Gopeng.

Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK pusat pendidikan islam maahad tahfiz ipoh sungai siput Kuala Kangsar Chemor Tapah Norali Nordi gopeng Kampung Melayu Sungai Rapat rumah anak-anak yatim
Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Muhammad Hamzah Md Hamdan (kiri) bersama Setiausaha Kelab Bakti Gunung Keledang, Norali Nordin (kanan) pada sidang media ketika hadir meraikan Sambutan Penubuhan KBGK Yang Ke-47 Tahun bersama para penghuni di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

Katanya, projek yang mula dibina pada dua tahun lalu itu menelan belanja RM2.2 juta hasil kutipan dan sumbangan tunai ahli-ahli NGO berkenaan.

“Projek ini akan menempatkan 100 pelajar perempuan yang ia dijangka siap pada penghujung Jun depan.

“Pembangunan projek kompleks tahfiz ini dibina di atas tanah wakaf berkeluasan 2.5 ekar, dan ia bakal dilengkapi dengan bangunan bilik darjah, asrama, surau, pejabat dan kantin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sambutan Hari Penubuhan KBGK Ke-47 tahun di Rumah Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam, Kampung Melayu, Sungai Rapat, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Presiden KBGK Muhammad Hamzah Md Hamdan.

Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK pusat pendidikan islam maahad tahfiz ipoh sungai siput Kuala Kangsar Chemor Tapah Norali Nordi gopeng Kampung Melayu Sungai Rapat rumah anak-anak yatim
Kelab Bakti Gunung Keledang (KBGK) meraikan Sambutan Penubuhan KBGK Yang Ke-47 Tahun bersama para penghuni di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

Dalam pada itu, Norali memberitahu, pihaknya juga sedang giat menjalankan program kampung angkat yang melibatkan penempatan Orang Asli di Kampung Lalang, Simpang Pulai.

Menurut beliau, seorang pendakwah telah ditempatkan di kampung berkenaan sejak 10 tahun lalu dan kini kira-kira 90 peratus penduduk di situ memeluk Islam.

Kelab Bakti Gunung Keledang KBGK pusat pendidikan islam maahad tahfiz ipoh sungai siput Kuala Kangsar Chemor Tapah Norali Nordi gopeng NGO Kampung Melayu Sungai Rapat rumah anak-anak yatim
Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Muhammad Hamzah Md Hamdan menyerahkan manisan kepada kanak-kanak ketika hadir meraikan Sambutan Penubuhan KBGK Yang Ke-47 Tahun bersama para penghuni di Rumah Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Darussalam di Kampung Melayu Sungai Rapat, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 16 MEI 2024.

Di samping itu, beliau berkata, NGO yang berteraskan kepada kebajikan itu juga turut terlibat dengan projek sekolah angkat di daerah Sungai Siput membabitkan Sekolah Kebangsaan Kampung Kenang, Sekolah Kebangsaan Lintang serta Sekolah Menengah Kebangsaan Bawong.

“Ketika ini, kami dalam perancangan untuk membangunkan sebuah lagi rumah anak-anak yatim iaitu di Kampung Melayu, Sungai Rapat. Ia dijangka dapat direalisasikan dalam tempoh dua tahun lagi,” ujarnya. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI