Kebakaran kediaman Koo Ham: Polis ambil keterangan tujuh individu

IPOH – Polis sudah mengambil keterangan tujuh individu bagi membantu siasatan kes kebakaran melibatkan kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar dekat sini, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini tiada sebarang tangkapan yang dibuat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan secara terperinci berhubung insiden tersebut.

“Sehubungan itu, kita akan pantau dan mempertingkatkan lagi rondaan di sekitar kediaman ahli Parlimen tersebut,” katanya dalam satu kenyataan ringkas pada Khamis.

Semalam media melaporkan tiga kenderaan milik Koo Ham terbakar dalam satu kejadian kebakaran di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar.

Mohd Yusri dalam kenyataannya semalam memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan terdapat unsur khianat dalam kejadian kebakaran melibatkan rumah Koo Ham.

Kebakaran itu membabitkan sebuah kereta Mercedes Benz musnah manakala dua kenderaan lain jenis Honda CR-V rosak di bahagian bumper belakang serta bahagian badan sebelah kanan dan Toyota Hilux di bahagian hadapan pacuan empat roda tersebut.

Turut ditemui di lokasi kebakaran adalah botol disyaki mengandungi molotov cocktail dan kes disiasat dibawah seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

3 kereta MP Beruas terbakar: Mungkin ada unsur khianat

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI