Kebun sayur, buah-buahan dalam masjid, bantu jana pendapatan

MASJID Jamek Pengkalan Hulu di Gerik mengambil inisiatif mewujudkan usaha penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling masjid sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan agenda keterjaminan makanan.

Agenda keterjaminan atau sekuriti makanan adalah satu daripada ‘flagship’ di bawah pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030 cetusan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Bermula pada awal tahun 2019, kawasan masjid berkeluasan sekitar 1.5 hektar itu dimanfaatkan sepenuhnya oleh ahli jawatankuasa kariahnya dengan tanaman utama iaitu cili fertigasi.

Setiausaha masjid, Sirat Abdullah, 63, berkata, sebagai permulaan sebanyak 1,000 pokok cili ditanam menggunakan kaedah fertigasi dan diikuti 1,500 pokok pada tahun berikutnya.

Setiausaha masjid, Sirat Abdullah, 63, memantau cili yang ditanam melalui kaedah fertigasi di Masjid Jamek Pengkalan Hulu. Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

Menurutnya, selepas melihat kejayaan penanaman cili fertigasi itu, mereka mula memperluaskan kebun tersebut dengan menanam pokok-pokok lain di sekeliling kawasan masjid.

“Kawasan masjid dalam bentuk landskap ini kita tanam cili di bahagian depan, belakang dan kiri serta tanam pokok buah-buahan di sekelilingnya.

“Antara pokok buah-buahan yang ditanam termasuklah mangga, nangka, rambutan, anggur, jambu madu, nangka, durian Musang King, terung dan terbaharu sayuran hidroponik seperti sawi serta bok choy,” katanya ketika ditemui MG Perak baru-baru ini.

Cabaran diserang makhluk perosak

Beliau yang juga Penyelaras Kebun di masjid tersebut berkata, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi sepanjang mengusahakan tanaman berkenaan.

“Tanaman yang dihasilkan seperti pokok cili mempunyai banyak risiko. Adakala menjadi, adakala dijangkiti penyakit.

Kebun sayur, buah-buahan dalam masjid, bantu jana pendapatan
Tanaman buah anggur yang tumbuh subur di Masjid Jamek Pengkalan Hulu.
Pihak masjid di sini mengambil inisiatif mewujudkan usaha penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling masjid sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan keterjaminan makanan.
Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

“Sebelum ini, sewaktu kita tanam kira-kira 2,000 pokok kira-kira 500 ke 800 pokok terpaksa dimusnahkan akibat serangan penyakit,” jelasnya.

Pesara guru itu berkata, kebun berkenaan diselenggara dan dikawal selia dengan bantuan pekerja masjid.

“Kita ada komuniti daripada jemaah terutama jemaah muslimat terutamanya sewaktu hendak menanam dan menuai cili.

“Ini kerana tempoh masa untuk mengutip cili khususnya agak panjang. Sekali kutip hasilnya boleh mencapai sehingga 180 kg,” ujarnya.

Dapat sokongan penuh Jabatan Pertanian

Dalam pada itu, Sirat memaklumkan pihak masjid mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Pertanian Daerah dan Negeri sepanjang usaha mereka menjayakan kebun tersebut.

Terbaharu, bekas pesara itu berkata, komuniti masjid turut menyertai Program Kebuniti Madani anjuran Jabatan Pertanian Negeri pada tahun lalu.

Kebun sayur, buah-buahan dalam masjid, bantu jana pendapatan
Buah pelam telur yang tumbuh subur di Masjid Jamek Pengkalan Hulu.
Pihak masjid di sini mengambil inisiatif mewujudkan usaha penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling masjid sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan keterjaminan makanan.
Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

Tambahnya, mereka turut memperluas agenda penghijauan melalui pembinaan ‘rumah cacing’ iaitu tapak uraian bagi baja organik atau vermikompos.

“Alhamdulillah, kita menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian di peringkat daerah dan negeri dalam bentuk pemberian baja dan terbaharu set hidroponik,” katanya.

Kebun bantu jana dana operasi masjid

Menyentuh mengenai hasil tuaian, beliau berkata, semua pokok buah-buahan dan sayur-sayuran akan dijual kepada jemaah masjid serta dipasarkan di sekitar Pengkalan Hulu yang secara tidak langsung membantu menjana dana bagi operasi masjid.

“Hasil tuaian akan dibungkus dengan harga RM5 sepeket sebelum diletakkan di tempat khas yang disediakan untuk dijual kepada jemaah masjid dan sambutan diberikan amat menggalakkan.

“Bagi jualan untuk tuaian pertama kita tak dapat banyak. Kalau nak jual secara borong kita memerlukan lebih kurang dalam 20 ke 30 kilogram (kg). Jadi, untuk tuaian pertama kita dapat 10 kg dan kita buat secara bungkusan kecil,” jelasnya.

Kebun sayur, buah-buahan dalam masjid, bantu jana pendapatan
Setiausaha masjid, Sirat Abdullah, 63, menunjukkan tanaman buah anggur yang tumbuh subur di Masjid Jamek Pengkalan Hulu.
Pihak masjid di sini mengambil inisiatif mewujudkan usaha penanaman pokok buah-buahan dan sayur-sayuran di tanah terbiar di sekeliling masjid sejajar dengan hasrat kerajaan negeri untuk memperkasakan keterjaminan makanan.
Foto ABDULLAH YUSOF, 27 APRIL 2024.

Katanya, setakat ini kebun berkenaan hanya untuk komuniti masjid dan tidak dibuka untuk orang awam.

“Pada masa ini, cukup setakat kebun yang sedia ada dan kita tidak bercadang untuk menambah tanaman baharu pada masa akan datang,” katanya.

Konsep kebun dalam masjid itu membantu menjana dana bagi kegunaan operasi masjid serta melayakkan Masjid Jamek Pengkalan Hulu menerima Anugerah Khas Ar Ridzuan yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1444H Peringkat Perak pada 2022. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Semua masjid, surau dihijaukan dengan tanaman makanan – Sultan Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI