Kedai barang pembungkusan terbakar

TANJUNG MALIM – Sebuah kedai barang pembungkusan dua tingkat terjejas akibat insiden kebakaran di Jalan Wawasan Dagangan 1, Bandar Behrang 2020, dekat sini, awal pagi Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.26 pagi.

Katanya, 15 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan Slim River kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman api.

Menurut beliau, kebakaran telah menjejaskan 60 peratus struktur dua tingkat premis perniagaan itu.

“Pasukan bomba melaksanakan penilaian situasi atau ‘size up’ dan mengaplikasikan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) dalam operasi pemadaman kebakaran.

“Operasi pemadaman dilakukan menggunakan dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan air.

“Ia dibantu satu aliran hos salur bantu mula, bersumberkan air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sabarodzi berkata, pasukan bomba kemudian berjaya mengawal kebakaran pada jam 4.56 pagi.

Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Zairul Fahmi Mohd Nazari tamat pada jam 6.38 pagi.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kilang proses telur masin terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI