TAPAH – Sebuah kedai musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Jalan Sungkai Kuala Bikam, Jalan Persekutuan dekat sini, pada Ahad.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 8.22 malam.
Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dan dibantu BBP Slim River diatur gerak ke lokasi untuk kerja-kerja pemadaman api.
“Setiba di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai berukuran 60X40 kaki.
“Premis berkenaan mengalami kebakaran pada kadar 90 peratus, dan kerja-kerja pemadaman api sedang dijalankan,” katanya.
Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa, sementara punca kejadian dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan.
Operasi pemadaman api itu diketuai komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, P Siva. – MG Perak
Artikel Berkaitan: