Kehakiman: ‘Tidak ada kemelut, yang ada orang kalut’ – Kamil Munim

IPOH – Tiada sebarang keperluan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu pelantikan badan kehakiman, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim.

Katanya, ini kerana tiada mana-mana bukti wujud berhubung dakwaan pelanggaran perundangan dalam isu pelantikan bagi jawatan tertinggi badan kehakiman negara itu.

“Kita tidak ada sebarang krisis ataupun kemelut (kehakiman) yang sedang melanda pada waktu ini.

“Tidak ada pelanggaran daripada sudut hukum, tidak ada pelanggaran daripada sudut prosedur dan tidak ada bukti tangan mana-mana pihak dalam pentadbiran kehakiman.

“Apa yang dimainkan setakat ini adalah merupakan tuduhan rambang ataupun tanggapan yang tidak berasas, sehingga ia dapat dibuktikan secara fakta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun di perkarangan Masjid Jamek Al-Amin, dekat sini pada Ahad.

Isu pelantikan badan kehakiman RCI kehakiman Malaysia, kenyataan Kamil Munim, PKR siasat ahli Parlimen, krisis kehakiman Malaysia, Rafizi Ramli RCI
Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berucap pada Karnival Kesenian Islam dan Malam Mahabbah Madani Parlimen Tambun di perkarangan Masjid Jamek Al-Amin, Ipoh, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 JULAI 2025.

Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan memberitahu, walaupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan parti yang terbuka menerima sebarang kritikan, namun ia perlu disampaikan kepada saluran tepat.

Kata beliau, sebarang kenyataan yang dikeluarkan ahli parti sewajarnya perlu dibawa dengan rasa lebih bertanggungjawab agar ia tidak menimbulkan persepsi ataupun salah anggap masyarakat awam.

“Jadi berkenaan dengan itu jadi itu kita serahkan kepada tampuk kepimpinan (parti). Saya ingat Setiausaha Agung (PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh) telah keluarkan juga kenyataan berkenaan dengan hal yang tersebut.

“Kita sekarang ni tidak ada kemelut (dalam soal pelantikan badan kehakiman), yang ada orang yang kalut,” katanya lagi.

Media terdahulu melaporkan, PKR sedang meneliti gesaan untuk menyiasat sembilan ahli parlimennya secara tatatertib berikutan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka yang mendesak penubuhan RCI berhubung isu badan kehakiman.

Setiausaha Agungnya, Fuziah dilaporkan berkata, parti tersebut juga sedang mempertimbangkan gesaan daripada ahli parti agar sembilan ahli parlimen itu digantung keahlian sementara susulan insiden tersebut.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli bersama lapan ahli parlimen lain dari parti itu tampil dalam satu sidang akhbar mendesak kerajaan menubuhkan RCI serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) berkaitan pelantikan kehakiman.

Susulan daripada itu, 19 Ketua Cabang PKR Johor dan 11 Ketua Cabang PKR Kedah menggesa agar siasatan tatatertib dilakukan dan keahlian sembilan ahli parlimen itu, termasuk Rafizi, digantung sementara. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

19 ketua cabang PKR Johor desak sembilan MP digantung keahlian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI