Kejang kaki punca warga Switzerland rempuh stesen minyak

IPOH – Seorang lelaki warga emas merempuh dinding kaca premis kedai di sebuah stesen minyak selepas dipercayai mengalami kekejangan kaki dalam kejadian di Taman Canning semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, rempuhan itu turut mengakibatkan seorang wanita yang berada berdekatan premis syarikat kurier dalam kawasan stesen minyak terbabit cedera kaki kanan.

Menurutnya, dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, bekas pengurus hotel warga Switzerland berusia 77 tahun mengalami kekejangan di bahagian kaki kanan ketika sedang memperbetulkan kenderaan Myvi yang dipandunya sewaktu mengisi minyak.

“Bagaimanapun, pemandu Perodua Myvi itu mengalami kekejangan di bahagian kaki kanan sehingga menyebabkan dia tidak dapat mengawal kenderaan lalu terbabas memasuki premis tersebut.

“Kenderaan itu turut merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Y16ZR  yang sedang diparkir di hadapan premis berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pemilik motosikal iaitu lelaki berusia 29 tahun dan pemilik stesen minyak berusia 42 tahun yang berada di lokasi kejadian tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes diklasifikasikan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Datuk maut, cucu cedera berlanggar dengan pacuan empat roda

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI