Kejap Food lebar sayap ke Perak

IPOH – Syarikat pemula makanan segera tempatan, Kejap Food Sdn Bhd (Kejap Food) melebarkan sayapnya melalui pembukaan cawangan sulung di Negeri Perak.

Cawangan Ke-10 Kejap Food itu beroperasi di Stesen Minyak Shell yang terletak di Persiaran Desa Tronoh Indah, di Lebuhraya Ipoh-Lumut.

Dalam satu kenyataan memaklumkan, premis berkenaan terletak di lokasi strategik membolehkan pengguna lebuh raya itu singgah bagi menikmati pelbagai hidangan yang lazat.

Katanya, Kejap Food menyediakan pilihan hidangan secara ala-carte dan set dengan setiap satu set dihidangkan sekali dengan air serta kentang goreng.

“Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman, antaranya kebab yang terdiri daripada enam jenis pilihan. Ia termasuk kebab ayam sambal pedas, kebab ayam susu mentega, dan kebab daging hitam.

“Turut disajikan ialah enam pilihan nasi antaranya nasi ayam sambal pedas, ayam sambal hijau serta ayam sambal penyet,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Kejap Food lebar sayap ke Perak cawangan shell lebuhraya Ipoh-Lumut stesen minyak
Duta Kejap Food Shell Tronoh, Nabilah Kashogy berada di Cawangan Kejap Food ke-10 yang beroperasi di Stesen Minyak Shell Trono, di Lebuhraya Ipoh-Lumut. Foto IHSAN KEJAP FOOD

Tambah kenyataan itu, pelanggan juga boleh menikmati hidangan ringan seperti keropok lekor, karipap, pisang goreng, popcorn sotong dan ayam, serta roti aiskrim dan bubur yang masing-masing sering menjadi pilihan ramai.

Dalam kenyataan sama, Duta Kejap Food Shell Tronoh, Nabilah Kashogy berkata, tidak lengkap sekiranya pengguna Lebuhraya Ipoh-Lumut tidak singgah merasai sendiri semua menu di premis berkenaan.

“Anda semua perlu singgah di sini untuk rasai sendiri makanan yang tersedia. Lokasinya di tengah-tengah lebuh raya antara Lumut ke Ipoh iaitu berada di stesen minyak Shell Tronoh.

“Apabila menelusuri lebuh raya ini, anda boleh singgah di sini untuk mengisi minyak dan menikmati pelbagai menu yang ada di Kejap Food Shell Tronoh,” katanya lagi.

Kejap Food ketika ini mempunyai cawangan antaranya di Shah Alam, Kajang dan Petaling Jaya di Selangor; Sarikei, Sarawak; serta Batu Kawan, Pulau Pinang. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kerajaan Perak hantar cadangan kurang lampu isyarat di Lebuhraya Ipoh-Lumut

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI