KUALA LUMPUR – Perdana Menteri berkata, kejayaan Kerajaan Madani hari ini adalah hasil kestabilan dasar, keberanian reformasi dan kepercayaan rakyat.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi dalam negara terus diperkukuh melalui pelaburan berkualiti, penciptaan peluang pekerjaan dan agenda pertumbuhan yang inklusif.
Di peringkat antarabangsa, hubungan antara kerajaan, pelbagai negara, kumpulan pemimpin, membuka ruang pelaburan strategik serta memperkukuh kedudukan Malaysia di mata dunia.
Menurut beliau, segala pencapaian ini bukan sekadar angka dan statistik, tetapi diterjemahkan kepada manfaat nyata untuk rakyat, daripada kesejahteraan keluarga, peluang ekonomi baharu, hingga jaminan masa depan yang lebih berdaya tahan.
“Dengan sokongan padu keluarga, sahabat dan rakyat Malaysia, saya percaya Kerajaan Madani akan terus melangkah ke hadapan, berkhidmat dengan amanah, dan membina negara yang adil, makmur dan berdaya saing untuk semua,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette


