Kejutan besar untuk rakyat akan diumum Isnin atau Selasa – PM

PERMATANG PAUH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa satu pengumuman besar bakal dibuat dalam masa terdekat, berkemungkinan seawal Isnin atau Selasa depan.

Jelas beliau, ketika ini pasukan Kementerian Kewangan sedang berusaha memantapkan perkara yang bakal diumumkan itu bagi memastikan impaknya benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

“Saya akan cari jalan, sekarang tiap-tiap minggu team Menteri Kewangan duk (sedang) cari apa dia yang boleh diumumkan oleh PM dalam masa singkat.

“Seperti semua dah tahu saya akan buat pengumuman mesti besar sikit untuk tanggani masalah yang dihadapi.

“Siap saja (kejutan) kalau tak Isnin, Selasa… bagi masa dua, tiga hari lagi untuk kita mantapkan dulu, nanti saya umumlah… doa bagi yang elok-elok, InsyaAllah,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera Tunas Madani dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar, Kampus UiTM Permatang Pauh di sini.

Sebelum ini, hantaran poster misteri yang dimuat naik Perdana Menteri bertulis “Akan datang…suatu penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia” telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan jangkaan dalam kalangan rakyat.

Sejak itu, ramai dalam kalangan netizen menyuarakan rasa ingin tahu serta harapan agar pengumuman tersebut benar-benar membawa berita baik, khususnya dalam mendepani tekanan kos sara hidup. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI