Kelewatan ambulans akibat salah lapor maklumat lokasi

IPOH – Jabatan Kesihatan Negeri Perak tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan kelewatan ketibaan ambulans dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan polis dan sebuah kenderaan persendirian di Jelapang, di sini, pada Rabu lalu.

Menerusi satu kenyataan jabatan itu memaklumkan, pihaknya mengambil serius tentang perkara itu apabila kejadian tersebut turut melibatkan kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

Katanya, semakan melalui Pusat Koordinasi Perubatan Kecemasan (MECC) mendapati satu panggilan kecemasan telah diterima berkaitan kemalangan tersebut dan tindakan mengikut protokol bantuan kecemasan telah dilaksanakan.

“Laporan daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati bahawa sebuah ambulans telah digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 3.05 petang.

“Lokasi awal kejadian yang dilaporkan adalah di kawasan taman perumahan sekitar kawasan Puncak Jelapang, iaitu sejauh lapan kilometer daripada HRPB.

“Namun, setelah tiba di lokasi pertama mendapati tiada kejadian seperti yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perak, susulan itu, pengesahan semula lokasi kemudian dilakukan melalui panggilan kepada pemanggil dan mendapati lokasi sebenar adalah di kawasan laluan Lebuhraya Ipoh – Lumut menghala ke Jelapang.

Ujarnya lagi, penilaian keadaan semasa mangsa telah dilakukan selepas petugas ambulans tiba di lokasi kejadian sebenar pada jam 3.55 petang.

“Protokol bantuan kecemasan oleh pegawai perubatan telah dilaksanakan terhadap mangsa berusia 33 tahun dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

“Mangsa wanita didapati mengalami kecederaan serius manakala mangsa kanak-kanak didapati tidak sedarkan diri, dan telah diberikan bantuan resusitasi di lokasi kejadian secara serta-merta,” jelasnya.

Tambahnya, kedua-dua mangsa telah dibawa menggunakan ambulans dan kanak-kanak berkenaan turut diberikan tindakan resusitasi aktif sepanjang dalam perjalanan ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HRPB.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi menzahirkan rasa dukacita atas kejadian ini dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“KKM komited untuk terus menilai serta memperkukuh sistem respons kecemasan bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada rakyat,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak tiga tahun maut, kereta dinaiki bertembung kenderaan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI