Kelindan lori didakwa edar hampir 20kg heroin

IPOH – Seorang kelindan lori dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 19.2 kilogram, minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Saffuan Nor Rahim, 43, hanya mengangguk tanda faham selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Mohd Saffuan didakwa telah mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 19,246 gram.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di kawasan parkir kereta Persiaran Meru Point, Taman Seri Meru, Ipoh sekitar jam 11.20 pagi pada 21 Januari lalu.

Duda tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum dengan hukuman mati, hendaklah dihukum tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 28 April depan sebagai sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Nur Aqilah Syaza Ariffin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, media melaporkan seorang kelindan lori ditahan polis dan merampas 44 bungkusan plastik lutsinar berisi dadah jenis heroin seberat 19.25 kg bernilai RM220,000.

Lelaki terbabit ditahan ketika mengangkat bahan terlarang itu di dalam kereta Perodua Bezza sekitar jam 11.20 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Polis rampas 20 kilogram heroin, kelindan lori ditahan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI