TAPAH – Bekas Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin masih kekal ‘membisu’ susulan keputusan beliau menyertai Pas.
Cubaan Malaysia Gazette (MG) Perak menghubungi beliau bagi mendapatkan maklum balas berkenaan perkara tersebut tidak membuahkan hasil.
Mantan Exco Perak itu pada Sabtu menyerahkan borang keahlian kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada Ceramah Mega di Kampung Tanjung Keramat, Tapah, dekat sini.
Beliau ditemani suaminya, Muhammad Noor Farid Zainal iaitu Setiausaha Pas Tapah yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Wan Norashikin pernah dilantik sebagai Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Kebajikan Masyarakat Negeri pada tahun 2020 ketika Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Pada PRU15 Wan Norashikin tewas dengan Zafrulazhan Zan dari PN dalam pertandingan empat penjuru di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kampong Gajah. – MG Perak
Artikel Berkaitan: