Kem AMAR IPMa bina jati diri pelajar, bentuk generasi holistik

LENGGONG – Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR), Institusi Pendidikan MARA (IPMa) yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk membina jati diri pelajar supaya dapat berdepan dengan pelbagai cabaran masa depan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan MARA, kem ini dapat membantu dalam pembentukkan sebuah generasi yang lebih holistik, berketrampilan, berdaya saing, berprinsip anti rasuah serta berintegriti tinggi seiring dengan falsafah pendidikan MARA dan negara.

“Seramai 88 peserta menyertai kem yang berlangsung selama tiga hari dari 19 sehingga 21 Julai lalu bertempat di Pusat Kecemerlangan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong, di sini.

“Peserta kali ini melibatkan 13 IPMa antaranya Institut Kemahiran MARA (IKM) Kuala Lumpur, Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang, KPM Indera Mahkota, KPM Bandar Penawar, Kolej MARA (KM) Seremban, KM Banting dan KM Kuala Nerang.

“Selain itu, turut menyertai program ini adalah Universiti Kuala Lumpur Malaysia Institute Of Aviation Technology (UniKL MIAT), Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute (UniKL MIDI), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) Kuala Lumpur dan Kolej Poly-Tech MARA Bangi.

“Sepanjang program ini, pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti kepimpinan antaranya sesi perkongsian bersama pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta cambahan idea dalam kalangan pemimpin AMAR.

“Program itu dilaksanakan menerusi pelbagai aktiviti luar, segmen Gerakan Antirasuah (GeAR), penghasilan video pendek FYP serta Sesi Pembentangan Aktiviti Antirasuah (SPAAR),” kata kenyataan tersebut.

Majlis penutup kem tersebut disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, Abd Manap Abdul Majid. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

598 pelajar MRSM Lenggong menyertai program WAR SPRM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI