Kem AMAR IPMa platform ekspresi mahasiswa perangi rasuah

LENGGONG – Kem Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) Institut Pendidikan MARA (IPMa) disifatkan sebagai platform terbaik bagi mahasiswa mengekspresikan pandangan dalam usaha membanteras rasuah di peringkat awal.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan MARA, Dr Mahzan Teh berkata, melalui kem itu, para peserta bukan sahaja diberi pendedahan tentang advokasi antirasuah, malah dapat kembali menyalurkan maklumat yang diperoleh kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Katanya, integriti perlu dijadikan teras dalam pembentukan jati diri mahasiswa sebagai ‘model peranan yang menolak sekeras-kerasnya budaya rasuah.

“Integriti adalah merujuk kepada ‘code of behaviour’ atau himpunan kualiti unggul yang wujud dalam kalangan individu dan berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran serta amalan bermoral tinggi.

“Integriti bermaksud melakukan sesuatu perkara yang betul dengan betul walaupun pada waktu tiada siapa yang melihat kita melakukannya.

“Maka daripada takrifan tersebut, mudah bagi kita hadamkan bahawa integriti adalah merupakan elemen yang wajib yang perlu dihayati oleh generasi muda sebagai bakal pemimpin negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kem AMAR IPMa 2025 Siri Satu yang disertai 100 mahasiswa dari 14 IPMa seluruh negara di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong, pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed dan Ketua Unit Integriti MARA, Shuhaimi Man.

Kem AMAR IPMa perangi rasuah mahasiswa antirasuah, integriti pelajar MARA, SPRM dan IPMa, pendidikan antirasuah, jati diri mahasiswa, MARA integriti, advokasi rasuah pelajar
Antara peserta pada Kem AMAR IPMa 2025 Siri Satu di Pusat Kepimpinan Pelajar MARA (PUSKEP) Lenggong.

Tambah Mahzan, pihaknya optimis usaha memperkasakan nilai integriti mampu direalisasikan secara berterusan menerusi kerjasama erat antara Unit Integriti MARA dan Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.

Ujar beliau, MARA juga melahirkan lebih 60,000 graduan setiap tahun merangkumi pelbagai bidang di institusi dalam dan luar negara. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

87 pelajar Orang Asli cemerlang SPM ditawar biasiswa penuh MARA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI