Kem Belia Kreatif 2024 gali potensi bakat kreatif belia

IPOH – Kem Belia Kreatif (KBK) 2024 menawarkan peluang kepada peserta untuk menggali potensi bakat kreatif terutama bagi golongan belia peminat seni visual.

Program tahun kedua itu menyediakan bengkel pelbagai teknik seni cetakan seperti Lino, Dry Point, Cyanotype, Batik Clay dan Eco Print.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program tersebut berupaya menyumbang kepada pembinaan pengetahuan dan kemahiran peserta yang terlibat dalam bidang seni cetak serta dapat menghasilkan karya yang hebat pada masa akan datang.

“Program sebegini dapat memberi peluang kepada orang awam, khususnya bagi generasi muda dan juga pelajar-pelajar sekolah,kolej, dan universiti untuk mendapatkan latihan serta bimbingan secara langsung daripada tenaga-tenaga mahir dalam industri seni.

“Saya pasti, dengan khidmat barisan pelatih yang mahir dalam bidang masing-masing, peserta telah menerima satu pengalaman baru yang belum pernah dirasai sebelum ini, apatah lagi dengan kehadiran para pelatih yang bukan calang-calang dalam industri seni cetak,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Program Kem Belia Kreatif 2024 di Bazar Ipoh Silveritage, dekat sini, pada Ahad.

KBK 2024 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 8 Jun sehingga 9 Jun disertai sekitar 100 peserta yang mendaftar secara atas talian atau ‘walk-in’. – MG Perak.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI