Kemalangan lori di PLUS: Laluan kembali dibuka, pemandu cedera ringan

KUALA KANGSAR – Kesemua lorong yang membabitkan kemalangan sebuah lori kontena menghalangi laluan Terowong Menora ke Kuala Kangsar di Kilometer (KM) 256 arah utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) telah kembali dibuka, pada petang Rabu.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melalui hantaran pada akaun media sosial rasmi X @plustrafik memaklumkan, insiden berkenaan diklasifikasikan sebagai selesai.

“Status terkini insiden itu selesai sepenuhnya pada jam 2.50 petang. Walau bagaimanapun pengguna lebuh raya dinasihatkan untuk memandu berhati-hati kerana aliran trafik masih perlahan,” katanya pada Rabu.

Terdahulu kemalangan itu telah mengakibatkan laluan lebuh raya di PLUS berhampiran Terowong Menora terhalang sehinggga berlalu kesesakan trafik sejauh tujuh kilometer.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun dalam kenyataan berasingan memberitahu, pemandu lori kontena yang terbabit kemalangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.

Kata beliau, bagaimanapun pemandu lori muatan getah tayar itu telah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh bagi menerima rawatan lanjut.

Heisham berkata, kemalangan kenderaan berat itu juga telah mengakibatkan berkalu kesesakan sejauh lapan kilometer di laluan lebuh raya tersebut.

“Pihak polis menerima maklumat kejadian itu daripada Unit Siasatan Lebuhraya (USLR) Sektor 3 pada jam 8.15 pagi Rabu yang melibatkan lori kontena melintang di tengah jalan.

“Siasatan awal mendapati lori kontena itu dipandu seorang lelaki dalam perjalan dari arah selatan menuju ke utara.

“Apabila sampai di lokasi kejadian dia yang memandu kenderaan itu di lorong paling kanan telah hilang kawalan lalu terbalik dan melintang di tengah keseluruhan laluan arah utara lebuh raya,” katanya.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Justeru Heisham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan menerusi pegawai penyiasat kes, Sarjan Mohd Razlan Md Nor, dari Unit Lebuhraya Zon Utara Sektor 3 di talian 010-7176141. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Terowong Menora ke Kuala Kangsar sesak tujuh kilometer akibat kemalangan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI