Kemasukan murid SJKT semakin merosot – Saravanan

IPOH – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr M Saravanan meluahkan kebimbangan susulan kemerosotan kemasukan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara.

Menurutnya, data terkini menunjukkan hanya 10,330 murid mendaftar masuk Tahun Satu di SJKT seluruh negara bagi sesi persekolahan 2026 dan ini menunjukkan penurunan ketara berbanding kemasukan tahun sebelumnya iaitu seramai 11,021 murid.

“Sekolah Tamil adalah tunjang kepada identiti serta kemajuan masyarakat India di Malaysia dan MIC komited untuk mempertahankan dan memajukan institusi-institusi ini, namun usaha itu tidak dapat dilakukan secara bersendirian.

“Justeru, kami menyeru kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Bekas Pelajar, Lembaga Pengurusan Sekolah, dan pemimpin masyarakat supaya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membalikkan trend ini.

“Kita mesti beralih daripada mentaliti mod penyelenggaraan kepada advokasi strategik,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menekankan ibu bapa memainkan peranan penting dengan menyedari nilai jangka panjang pendidikan Tamil dan menyokong sekolah-sekolah ini dengan mendaftarkan anak-anak mereka.

Katanya, sehingga tahun 2026, terdapat 528 SJKT di Malaysia, dengan 155 daripadanya beroperasi dengan 30 murid atau kurang.

“Ini bukan sekadar soal angka. Ia berkaitan dengan pemeliharaan bahasa, budaya dan kekuatan komuniti kita. Masa depan sekolah Tamil bergantung kepada kesungguhan kolektif kita untuk bertindak,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM150,000 bantu penjaja, pekebun, penternak di Tapah – Saravanan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI