Kemenangan PRK Ayer Kuning penting tentukan kejayaan Kerajaan Perpaduan

TAPAH – Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kemenangan parti berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning 26 April ini penting sebagai penentu kejayaan Kerajaan Perpaduan.

Beliau yang juga Pengerusi UMNO berkata, hasrat berkenaan turut disuarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim rentak kemenangan PRK Nenggiri dan Mahkota dapat dikekalkan pada PRK tersebut.

“Dalam Kerajaan Perpaduan, ini merupakan PRK kelapan, ertinya lima dalam calon BN sementara tiga lagi dalam Pakatan Harapan (PH).

“Jadi PRK yang kelima untuk BN ini amat penting untuk kita menentukan kejayaannya selain memberi erti bahawa sesungguhnya Kerajaan Perpaduan ini bermula di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning, di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Haji Tahir, Temoh di sini, pada Isnin.

Ahmad Zahid turut mengingatkan jentera BN dan PH agar mempersiapkan diri dalam menghadapi perang politik pihak lawan meskipun di atas kertas, kombinasi antara dua parti itu bakal memberikan kemenangan dengan jumlah undi yang besar.

“Selain pada fakta dan statistik, kita juga harus memenangi hati dan pemikiran rakyat khususnya para pengundi.

“Dalam keadaan inilah, kita amat berterima kasih kepada kepimpinan rakan-rakan di dalam PH yang telah merealisasikan kesepakatan yang dinamik di negeri Perak ini,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mengumumkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir sebagai calon BN bagi PRK DUN Ayer Kuning, 26 April ini. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI