Kementerian Komunikasi, SKMM diminta pantau cubaan sebar ajaran Ahmadi

IPOH – Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diminta untuk terus memantau terhadap sebarang cubaan untuk menyebarkan dakyah ajaran sesat ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’ atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’ di media sosial.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, pihak kerajaan juga diminta untuk meletakkan isu penyebaran fahaman songsang terhadap agama itu sebagai salah satu keutamaan ketika ini.

Kementerian Komunikasi SKMM ajaran ahmadi Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim kerajaan media sosial
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim ketika sidang media Program Simulasi Little Hajj 2024 Zon Perak anjuran tadika Little Caliphs di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

“Soal lain juga penting, akan tetapi soal akidah bagi umat Islam adalah paling penting. Dan menjadi tanggungjawab kerajaan atau pemerintah untuk menjaga akidah rakyatnya.

“Seperti di negara-negara lain, mereka ada menyekat media sosial (terhadap perkara yang dilihat mengganggu-gugat kesejahteraan rakyat). Usaha ini dilihat dapat menutup awal-awal jalan ke arah itu (perkara yang memudaratkan).

“Justeru, peranan ini harus dimainkan pihak kerajaan dan agensinya, selain pemantauan daripada ibu bapa dan guru,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Simulasi Haji Cilik atau Little Hajj 2024 anjuran tadika swasta Little Caliphs di Masjid Negeri Perak, Masjid Sultan Idris Shah II, dekat sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Little Caliphs International Sdn. Bhd. (LCISB), Datuk Roslan Nordin.

Kementerian Komunikasi SKMM ajaran ahmadi Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim kerajaan media sosial
Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim bergambar bersama kanak-kanak ketika Program Simulasi Little Hajj 2024 Zon Perak anjuran tadika Little Caliphs di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ajaran The Ahmadi, Religion of Light and Peace adalah bertentangan dengan syariat Islam.

Gerakan ajaran itu yang didalangi seorang pendeta di Malaysia juga dilaporkan bergerak menyebar luas famaman tersebut di media sosial terutamanya di platform seperti YouTube, Instagram, Facebook, Telegram dan TikTok.

Selain mendakwa pemimpin Imam Mahdi telah muncul masa kini, ajaran The Ahmadi itu juga beranggapan kononnya Kaabah berada di Jordan serta menyatakan Ramadan disambut bulan Disember.

Kementerian Komunikasi SKMM ajaran ahmadi Timbalan Mufti Perak Datuk Zamri Hashim kerajaan media sosial haji
Gelagat jemaah cilik melontar jamrah ketika Program Simulasi Little Hajj 2024 Zon Perak anjuran tadika Little Caliphs di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

Mengulas lanjut, Zamri meminta orang ramai untuk tidak mudah terpengaruh dengan fahaman seumpama itu, sebaliknya merujuk kepada pihak yang bertanggungjawab dalam soal berkaitan agama Islam.

Beliau juga meminta agar semua pihak dapat mengadakan aktiviti dan program berkenaan pengukuhan akidah kepada golongan muda bagi mengelakkan diri mereka daripada terpengaruh dengan fahaman seperti itu.

“Selama kita boleh hidup sampai mati, tidak pernah ada ajaran kata Kaabah itu ada di Petra (Jordan).

“Malah, dalam ajaran berkenaan mengatakan konononya solat yang kita buat sekarang ini adalah solat yang perlu diperbaharui caranya. Itu merupakan perkara yang jelas salah.

“Jadi saya menyaran kepada ibu bapa dan guru-guru kepada anak-anak kita supaya kukuh dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Serta sama-sama kita menolak segala ajaran yang nampak songsang,” katanya lagi.

Gelagat jemaah cilik semasa melakukan saie ketika Program Simulasi Little Hajj 2024 Zon Perak anjuran tadika Little Caliphs di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

Dalam perkembangan sama, Zamri menyambut baik program Little Hajj 2024 yang disertai 780 murid dari 23 cawangan Little Caliphs seluruh Perak.

Menurut beliau, program simulasi haji itu juga dilihat mampu menyemai rasa cinta dan minat terhadap Rukun Islam Kelima kepada golongan itu dalam usia yang muda.

Semua peserta terhadap program yang bermula sekitar jam 8.30 pagi itu turut dibimbing 75 orang guru yang bertindak sebagai mutawwif.

Gelagat jemaah cilik semasa melakukan saie ketika Program Simulasi Little Hajj 2024 Zon Perak anjuran tadika Little Caliphs di Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 JUN 2024.

‘Jemaah haji’ cilik berkenaan lengkap berpakaian ihram berwarna putih dengan beg haji dan replika pasport.

Mereka juga diberi peluang untuk menjalani semua rukun haji termasuk melakukan tawaf pada replika Kaabah yang di letakkan di ruang solat utama masjid. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Penyebaran ajaran sesat di Perak masih terkawal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI