Kenaikan duti setem perjanjian sewa bebankan rakyat – Gerakan

KUALA LUMPUR – Gerakan menyifatkan kenaikan kadar duti setem bagi perjanjian penyewaan bermula awal tahun ini sebagai satu tindakan yang membebankan rakyat secara tidak wajar.

Ketua Biro Hak Asasi Manusia Gerakan, Chai Ko Thing berkata, pindaan itu jelas tidak berpihak kepada rakyat, malah menambah kesengsaraan mereka yang sudah terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ujar beliau, pindaan itu yang menyaksikan pemansuhan duti setem sehingga RM2,400 setahun memberi kesan besar kepada penyewa rumah dan bilik terutama mereka dari golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Kerajaan jelas ingin mengutip lebih banyak wang daripada rakyat dan mengutipnya dengan lebih cepat.

“Dengan kadar baharu ini, kerajaan akan memperoleh hasil lebih tinggi daripada transaksi penyewaan, namun ia dilakukan tanpa mengambil kira kesan langsung terhadap golongan penyewa yang kebanyakannya adalah rakyat biasa yang berusaha untuk bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sementara itu, Ko Thing turut mempersoalkan sama ada agensi yang bertanggungjawab seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat hebahan atau menerangkan sebab mengapa kadar duti setem naik sehingga membebankan rakyat terutamanya golongan B40 ke bawah.

berdepan kenaikan kadar sewa yang lebih tinggi apabila pemilik hartanah mula memindahkan beban kos itu kepada mereka.

“Sehubungan itu, Gerakan juga menyeru rakyat Malaysia untuk bersuara dan mendesak kerajaan agar menerangkan sebab-sebab yang munasabah ataupun membatalkan kenaikan kadar duti setem ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI