Kepala air Lahad Datu: Sembilan selamat, enam masih hilang

LAHAD DATU – Sembilan individu berjaya diselamatkan manakala enam lagi rakan mereka masih hilang selepas berlaku kejadian kepala air di sungai kawasan Lembah Maksina, Makuau, Tungku dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, kesemua mereka sebelum itu menjalankan aktiviti meredah sungai.

Menurut beliau, maklumat awal yang diterima terdapat 17 individu terlibat dengan aktiviti itu namun dua daripadanya keluar lebih awal sebelum kejadian kepala air.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada jam 8.28 malam tadi dan seramai 11 pegawai serta anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 55 kilometer dari bandar Lahad Datu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa diaktifkan sebaik tiba di lokasi dan sembilan individu berjaya diselamatkan pada 12 tengah malam tadi dengan dua daripadanya cedera.

Beliau berkata, terdapat enam individu masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada 6 pagi ini selepas operasi ditangguhkan pada 1.40 pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. -BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI