Kepala air: Seorang wanita maut, tiga kanak-kanak masih hilang

TAPAH – Seorang wanita dewasa maut selepas terlibat dalam kejadian kepala air bersama enam ahli keluarga yang sedang berkelah di Jalan Brussel, Kampung Poh, Bidor, dekat sini, pada Rabu.

Dalam kejadian sama, dua wanita dewasa dengan salah seorangnya warga Indonesia dan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun disahkan selamat, sementara tiga kanak-kanak dikhuatiri masih hilang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian kepala air berkenaan sekitar jam 4.03 petang.

Menurutnya, sejurus selepas itu, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, BBP Tapah dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Wanita yang maut itu ditemukan oleh penduduk kampung pada jarak 1 kilometer dari lokasi kejadian.

“Justeru, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan termasuk melibatkan operasi pencarian pada permukaan air.

“Situasi semasa keadaan arus sungai masih deras, bagaimanapun hujan telah berhenti,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Ujar beliau, operasi turut melibatkan 15 anggota bomba, 22 anggota polis serta dibantu 15 penduduk setempat. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga mangsa lemas di kolam latihan tentera disahkan anak anggota

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI