Keputeraan Sultan Perak: KSN dahului senarai penerima darjah kebesaran, pingat negeri

KUALA KANGSAR – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mendahului senarai 30 penerima Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak di Istana Iskandariah di sini, pada Ahad.

Beliau dikurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran Datuk Seri sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-69 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pada istiadat sama, Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada tiga orang penerima.

Mereka adalah Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Peguam Cara Negara II, Datuk Umar Saifuddin Jaafar serta dan Orang Kaya Besar Maharaja Diraja, Datuk Dr Syed Jaafar Syed Aznan.

Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Darjah Kebesaran Perak, Pingat Negeri Perak, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, Istiadat Penganugerahan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Hari Keputeraan Sultan Nazrin, Saarani Mohamad, Kerajaan Negeri Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri Mohamad Zahir Abdul Khalid sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR 09 NOVEMBER 2025.

Penganugerahan Darjah Dato’ Seri Panglima Taming Sari (SPTS) pula, diberikan kepada Panglima Angkatan Tentera; Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar serta Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail yang membawa gelaran Dato’ Seri Panglima.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Seri Ir Roslan Ismail juga menjadi penerima tunggal Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Dato’.

Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk kepada 17 penerima termasuk dua EXCO Kerajaan Negeri Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan dan ADUN Belanja, Khairudin Abu Hanipah.

Penerima lain adalah, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Perak, Mohamed Zamri Mohd Zain; Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Feisul Idzwan Mustapha; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Badurunhisam Mohd Nor; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan; serta Duta Besar Malaysia Ke Ireland, Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai, A Sivanesan pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 NOVEMBER 2025.

Turut menerima, Naib Pengerusi Lembaga Pengarah, Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman, Prof Emeritus Dr Cheong Soon Keng; Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional, Jay Khairil Jeremy Abdullah; Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak, Sayani Saidon; Mantan Pengarah Pendidikan Negeri, Safuan Raba’ai; serta Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri, Mastura Ahmad Mustafa.

Juga menerima DPMP adalah Pengarah Institut Penyiaran Dan Penerangan Tun Abdul Razak, Roslan Ariffin; Lum Tuck Koe; Orang Besar Jajahan Kuala Kangsar; Dr Khairil Anuar Arshad; Presiden Akademi Perubatan Malaysia, Prof Dr Rosmawati Mohamed; serta Pengarah Perubatan Petaling Jaya Integrated Center For Advanced Surgery And Oncology Hospital, Dr Luqman Mazlan.

Sultan Nazrin juga berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Dato’ Pahlawan kepada enam penerima.

Keputeraan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Darjah Kebesaran Perak, Pingat Negeri Perak, Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, Istiadat Penganugerahan, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Hari Keputeraan Sultan Nazrin, Saarani Mohamad, Kerajaan Negeri Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan Darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairudin Abu Hanipah pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 NOVEMBER 2025.

Mereka adalah, Pakar Bedah Mulut Maksilofasial Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia Brigedier Jeneral Dr. Sharifah Azlin Juliana Syed Zainal dan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Brigedier Jeneral Fazillah Ibrahim.

Turut menerima, Panglima Armada Barat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Gombak, Laksamana Madya Mohamad Azuwan Harun; serta Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Udara Subang, Mejar Jeneral Ramli Mohd Abd Jabar.

Juga menerima DPTS adalah, Ketua Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Senior Asisten Komisioner (SAC) Hishammudin Mohd Amin serta Setiausaha Sulit Kanan Kepada Sultan Perak, Brigedier Jeneral Norzahari Efandy Zakaria

Terdahulu berangkat sama ke majlis istiadat berkenaan, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin kali ini, seramai 238 penerima mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak.

Sesi kedua penganugerahan darjah kebesaran dan pingat akan berlangsung pada 15 November nanti. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Nazrin berangkat ke istiadat taat setia, pengurniaan darjah kebesaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI