Keputeraan Sultan Perak: Syed Danial, Wan Suraya antara 213 penerima darjah kebesaran

IPOH – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, mendahului senarai 213 penerima Darjah Kebesaran serta Pingat Negeri Perak sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, hari ini.

Syed Danial adalah penerima Darjah Datuk Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Selain itu, darjah sama turut dikurniakan kepada Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dan Pengerusi Eksekutif Yee Lee Corporation, Datuk Lim Kok Cheong @ Lim A Heng.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Nor Azmie Diron pula menerima Darjah Datuk Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) yang membawa gelaran Datuk.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim adalah antara lapan individu yang dikurniakan Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk.

Selain Harith Fadzilah, antara yang menerima DPMP adalah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Perak (MBInc), Anuar Zainal Abidin; Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff dan Ketua Perkhidmatan Otorinolaringologi Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Dr D Philip Rajan.

Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia, Salasiah Abdul Wahab; Pengerusi Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri, Yong Zarida Sazali dan Duta Besar Kedutaan Malaysia The Hague Belanda Roseli Abdul dan Ketua Leader Writer The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, Abdul Rahim Bin Mydin turut dikurniakan DPMP.

Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang turut membawa gelaran Datuk pula dikurniakan kepada enam penerima, antaranya Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral M Thevendran.

Turut dikurniakan DPTS adalah Pengarah Cawangan Khas PDRM, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail; Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti PDRM, Senior Asisten Komisioner Ng Kong Soon; Pakar Obstetrik dan Ginekologi ATM, Brigidier Jeneral Dr Sharifah Sofiah Syed Zainol dan Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Muda Farizal Myeor.

Sempena sambutan hari keputeraan kali ini juga, Sultan Nazrin turut berkenan mengurniakan 13 Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), 28 Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), 14 Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), 39 Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), 61 Pingat Pekerti Terpilih (PPT), 30 Pingat Jasa Kebaktian dan 10 Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Keputeraan Sultan Perak: Syed Danial, Wan Suraya antara 213 penerima darjah kebesaran
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral (B) Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin pada sidang media sempena Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Negeri Perak Tahun 2024 di Laman Seri Ridzuan, Ipoh.
Turut sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 OKTOBER 2024.

Pada sidang media semalam, Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, istiadat penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak tahun ini akan dibuat melalui dua sesi.

“Bagi istiadat penganugerahan sesi pertama melibatkan penganugerahan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran SPMP hinggalah kepada Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) akan berlangsung pada 9 November.

“Manakala, bagi Istiadat sesi kedua pula akan dilangsungkan pada hari 16 November. Kedua-dua sesi istiadat itu akan berlangsung di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar,“ katanya.

Dalam pada itu, Mohd Zahidi turut memaklumkan Sultan Nazrin berkenan mengurniakan makanan kepada 7,800 banduan dan tahanan di negeri ini, sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-68 yang disambut secara rasmi pada Jumaat.

Katanya, sumbangan disampaikan melalui Jabatan Penjara Perak itu melibatkan banduan di Penjara Tapah dan Taiping, tahanan Pusat Koreksional Kamunting, penghuni Pusat Pemulihan Akhlak Batu Gajah serta Rumah Perantaraan Penjara Negeri Perak (Kinta dan Taiping).

Tambahnya, sambutan pada tahun ini dimulakan dengan penganjuran Majlis Bacaan Surah Yassin dan Doa Selamat bertempat di Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh pada waktu solat Jumaat serta di semua masjid-masjid Daerah di seluruh negeri dengan diketuai oleh Orang Besar Jajahan dan Pegawai Daerah mengikut daerah masing-masing,” ujarnya.– MG Perak

Artikel Berkaitan:

Keputeraan Sultan Perak: Wan Zahidi, Ayob Khan antara 238 penerima Darjah Kebesaran

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI