Keputusan MIC kekal atau keluar BN dijangka dimuktamad selepas Thaipusam

TAPAH – Keputusan sama ada MIC akan keluar atau kekal bersama Barisan Nasional (BN) dijangka dimuktamadkan selepas perayaan Thaipusam awal Februari depan, kata Timbalan Presidennya, Datuk Seri M Saravanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, buat masa ini parti berkenaan sedang sibuk membuat sambutan Thaipusam sebagaimana lazimnya.

“Kita punya aktiviti politik buat masa ini kurang memandangkan bakal menyambut Thaipusam dan semua sedang fokus kepada perayaan tersebut.

“Selepas Thaipusam kita akan buat keputusan iaitu sama ada awal atau pertengahan Februari. Mungkin..,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai status terkini parti berkenaan di dalam BN.

Terdahulu Saravanan hadir menyampaikan sumbangan peralatan kepada penjaja, pekebun, penternak, wakil surau, JPKK, PIBG sekolah, kuil dan tokong di Bangunan MIC Tapah, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut Saravanan berkata, bagaimaapun pihaknya menyerahkan keputusan berkenaan kepada Majlis Tertingg BN meskipun terdapat cadangan daripada Pemuda UMNO dan perwakilan MIC sebelum ini.

“Setakat ini kita masih dengan BN dan sepertimana kita sebutkan biarlah Majlis Tertinggi (BN) membuat keputusan. Kita serahkan kepada Biro Politik dan Majlis Tertinggi.

“Sekarang tahun baharu dan kemudiaan ada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kemudian Thaipusam. Kita selesaikan ini dahulu,” katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan MIC akan kekal bersama BN sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, beliau berkata, ia juga akan ditentukan oleh Majlis Tertinggi BN.

Katanya setakat ini, hubungan parti itu dalam gabungan berkenaan masih aman dan harmoni.

“Kalau saya kata kekal nanti orang ingat saya yang buat keputusan, jadi kita memang serah kepada Majlis Tertinggilah.

“Setakat ini kita nampak semuanya aman damai, tapi kita kekalkanlah keharmonian,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI