Keputusan STPM 2024 diumum pada 24 Jun ini

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2024 akan diumumkan pada hari Selasa depan, 24 Jun 2025.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) berkata, sebanyak 41,434 calon telah menduduki peperiksaan tersebut di 670 buah pusat peperiksaan di seluruh negara dan sebanyak 22,852 petugas peperiksaan telah dilantik bagi keseluruhan peperiksaan ini.

Calon boleh mendapatkan keputusan masing-masing melalui secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888 untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2024.

Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11 pagi pada 24 Jun ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI