Kerajaan diminta tambah baik Akta Kerja 1955 – Sivanesan

IPOH – Kerajaan diminta untuk menambah baik melalui pindaan terhadap Akta Kerja 1955 supaya ia mampu memberi tumpuan menyeluruh kepada isu kesihatan mental golongan pekerja.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Integrasi Nasional dan Hal Ehwal Masyarakat India Perak, A Sivanesan berkata, walaupun akta berkenaan telah menjalani pindaan terkini pada tahun 2022, namun perkara berhubung isu berkenaan tidak disentuh secara khusus.

Katanya, justeru Akta Kerja 1955 dilihat masih mempunyai kelemahan dalam membela nasib pekerja terutama yang berdepan dengan risiko dibuang kerja kerana masalah kesihatan mental yang dihadapi.

kesihatan mental pekerja akta kerja perak pekerja golongan isu masalah Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan ketika sesi sidang media pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

“Ada kes dimana pekerja yang menghidapi masalah kesihatan mental, tetapi (perkara yang dihadapi pekerja itu) agak sukar dibuktikan di mahkamah. Dan (akhirnya) tidak ada keadilan untuk pekerja sebegini.

“Mereka yang berhadapan dengan masalah kesihatan itu, lazimnya akan mengalami prestasi kerja yang merosot. Tetapi pihak majikan seharusnya memberi penilaian adil dan mencari jalan terbaik kepada pekerja mereka.

“Ia termasuk membantu pekerja mereka mendapat rawatan dan sebagainya. Menyingkirkan pekerja daripada jawatan mereka seharusnya menjadi pilihan terakhir majikan,” katanya.

kesihatan mental pekerja akta kerja perak pekerja golongan isu masalah Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan (tengah) menerima cenderahati daripada Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta, di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha serta Pengerusi Persatuan Kebajikan Psikiatri Hospital Bahagia Ulu Kinta, Dr Saramah Mohd Isa.

Tambah Sivanesan, bagi usaha jangka masa pendek, kerajaan disaran untuk memperkenalkan satu garis panduan terkini dalam mengurus masalah kesihatan mental terhadap golongan pekerja.

kesihatan mental pekerja akta kerja perak pekerja golongan isu masalah Sivanesan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Perak, A. Sivanesan pada gimik perasmian Majlis Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh, pada Khamis. Turut serta Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Mengulas lanjut beliau berkata, akta lain seperti Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (pindaan) 2022 juga bersifat umum apabila ia juga tidak menyentuh secara khusus tentang isu berkenaan.

“Ia adalah undang-undang umum dan kita memerlukan suatu peruntukan yang lebih daripada itu (lebih memberi tumpuan) selain peruntukan yang wujud pada akta-akta sedia ada.

“Akta Kerja 1955 tidak ada perkataan (peruntukan) khusus yang sentuh soal masalah kesihatan mental, dan begitu juga terhadap Akta Perhubungan Perusahaan 1967,” katanya lagi.

Sebelum ini media melaporkan, Penaung Befrienders KL, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, semua pihak harus memastikan kesihatan mental yang baik di tempat kerja kerana ia pentung untuk kesejahteraan individu,

Beliau dilaporkan berkata, kesejahteraan mental berkait rapat dengan produktiviti dan kesihatan mental yang baik di tempat kerja membawa manfaat seperti meningkatkan fokus, kualiti kerja, mengurangkan ketidakhadiran, dan sebagainya.

Suasana sekitar Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tahun 2024 di Dewan Bahagia HBUK, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 24 OKTOBER 2024.

Dalam pada itu, Dr Feisul Idzwan berkata, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental seperti tekanan persekitaran di tempat kerja, masalah kewangan serta genetik.

Malah menurut beliau, trend masa kini juga menunjukkan golongan kanak-kanak seawal usia 10 tahun di negara ini turut terdedah dengan masalah kesihatan itu.

Justeru beliau meminta agar sesiapa yang mempunyai gejala awam masalah kesihatan mental untuk segera tampil mendapatkan rawatan baik di premis Kementerian Kesihatan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO).

“Antara stigma yang perlu dibuang adalah apabila mereka merasakan mengalami masalah itu, mereka beranggapan mereka lemah, lalu terus menyembunyikan masalah berkenaan (memendam).

“Oleh itu, untuk mengatasi stigma ini adalah melalui pengetahuan. Harus diketahui bahawa masalah kesihatan mental adalah penyakit. Ia bukan tanda lemah, sebaliknya ia boleh dirawat,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Persekitaran tempat kerja perlu diberi perhatian, cegah kesihatan mental

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI