Kerajaan lulus RM53.8 juta untuk JBPM tahun ini

BATU GAJAH – Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM53.8 juta bagi projek baharu fizikal binaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu disalurkan merangkumi pembinaan baharu, naik taraf dan penyelenggaraan fasiliti kebombaan termasuk balai dan kuarters.

Katanya, pada tahun ini juga kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM64.8 juta bagi pelaksanaan projek baharu fizikal kelengkapan JBPM.

Kerajaan lulus JBPM bomba nga kor ming peruntukan juta JBPM
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming ketika berucap pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

“Peruntukan itu bagi perolehan baharu dan penyelenggaraan jentera dan kenderaan bomba. Ia termasuk memperbaharui 30 unit Fire Rescue Tender (FRT), penggantian 10 unit bas bomba, penyelenggaraan helikopter dan jentera pengisi bahan bakar pesawat, serta penyelenggaraan kenderaan bomba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan pada Majlis Perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh, dekat sini pada Selasa.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan melawat reruai pameran selepas merasmikan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Majlis disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan turut berangkat Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Juga berangkat, Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain serta Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Kerajaan lulus JBPM bomba nga kor ming peruntukan juta JBPM
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenaan berangkat ke majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Hadir sama, Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad.

Dalam pada itu, Kor Ming berkata, JBPM turut mencapai pelbagai kejayaan kecemerlangan di peringkat nasional.

Kata beliau, antaranya adalah kejayaan dalam melaksanakan misi mencari dan menyelamat dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor.

Tambah beliau, JBPM juga terus melakar kejayaan dengan memenangi Anugerah Kategori Emas Tertinggi bagi Anugerah Integriti Governans dan Antirasuah (AIGA) 2022 dan tiga Anugerah Emas dalam AIGA 2023.

Kerajaan lulus JBPM bomba nga kor ming peruntukan juta JBPM
Simulasi operasi mencari dan menyelamat di air oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada majlis perasmian Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia (ABPM) Wilayah Utara, Tronoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 23 JULAI 2024.

Di samping itu, Kor Ming memaklumkan, nama JBPM turut gah di persada antarabangsa selepas mengukir pelbagai kejayaan termasuk kejayaan dalam misi kemanusiaan serta bantuan mencari dan menyelamat dalam tragedi gempa bumi di Turkiye pada tahun lalu.

“JBPM juga merangkul Johan dalam acara Rip-It-Off (Berkumpulan) dan Naib Johan acara Braveheart (Individu) di Singapore Global Firefighters and Paramedics Challenge 2023.

“Pada masa sama, jabatan turut meraih pencapaian cemerlang di World Police and Fire Games 2023, Winnipeg, Canada dengan membawa pulang 18 pingat emas, 19 pingat perak dan 12 gangsa,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bomba berjaya kawal kebakaran bukit 10 hektar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI